Jumaat, Jun 11, 2010

cover 382 # isu 15 Jun 2010

Hehe... cover isu ni pun pasal bola sepak Piala Dunia. Kali ni kartunis Lepat pulak dipertanggungjawabkan merealisasikan ilustrasi cover. Karikatur pemain bola pujaan sirap menjadi hiasannya dan aku seperti biasa akan menyusun semula untuk dipersembahkan pada korang. Digabungkan dengan permainan rakyat dulukala yang dah lama dilupakan serta sudah tidak dikenali oleh generasi sekarang iaitu Teng-teng.

Permainan teng-teng yang sempoi tapi perlukan tumpuan dan kebijaksanaan bermain. Apa taknya... kalau nak baling buah mesti hati-hati dengan tumpuan penuh agar tidak terkeluar dari garisan dan dikira mati maka hilang giliran. Ketika giliran mesti bijak mengimbang badan melompat dari satu petak ke satu petak menggunakan satu kaki, seterusnya ketika mengutip buah terpaksa tunduk membongkok dengan imbangan yang betul agar tidak jatuh dan dikira mati. Jika berjaya sampai semula ke garisan mula akan berpeluang untuk membina rumah yakni salah satu petak menjadi hak dan tidak boleh diceroboh. Pesaing terpaksa melangkahnya untuk meneruskan perjalanan. Untuk mendapatkan rumah tu pulak mesti membaling buah dengan membelakangkan petak permainan... andai telah ada rumah tapi buah balingan itu jatuh di rumah sendiri dikira terbakar maka petak itu kembali kosong untuk direbut pemain.

Fuh! Penat aku nak merecall balik kenangan zaman kanak-kanak dulu. Dah citer pasal teng-teng pulak... pada hal demam bola. Sekurang-kurangnya korang yang tak pernah main teng-teng boleh jugak tahu serba sikit dan pada yang pernah main tu... kenang-kenanglah mainan warisan kita. Okey laa... sambil tunggu siaran bola tu boleh la korang layan majalah isu terbaru ni. Kalau dah abis baca, korang layan la main teng-teng. Main sengsorang pun boleh apa...