Isnin, Mei 24, 2010

cover 281 # isu 1 Jun 2010

Kembali lagi... putaran untuk sebuah lagi keluaran untuk tatapan peminat dan pembaca setia. Dikatakan bahawasanya ini adalah cover sentuhan terakhir kartunis Nik sebelum persaraan beliau dalam dunia kartun. Harapan aku hanya inginkan di suatu hari nanti kartunis Nik bakal menarik balik perisytiharannya bersara melarik garis lelucunnya walau hanya sebagai penyumbang dari luar pejabat. Harap beliau terus melukis dan berkarya walau berstatus freelancer. Sekurang-kurangnya masih ada extra income untuk dia sambil merembeskan isi kepala... kira macam lepaskan tensen la la bro. InsyaAllah.

Demam bola sepak Piala Dunia dah memang jadi tema oleh kebanyakan media pada bulan Jun ini. Maka ramai la pembaca dan penonton bakal demam dan seterusnya cuti sakit bila asyik melayan bola hingga ke pagi. Seeloknya kalau dah demam tu layan la jugak majalah ni semoga cepat kebah. Sekurang-kurangnya sebelum menanti wisel sepak mula korang layan la dulu majalah ni untuk hilangkan rasa ngantuk. Hehehe... selamat berbola.

Selamat Untuk Aku...

Dua hari lepas adalah hari aku dilahirkan. Bersama famili di malam minggu aku ke rumah mak bapak aku untuk meraikannya tanpa seorang anak gadisku yang berada di hostel. Mak aku tertanya-tanya bila anak bongsuku tetiba bersuara nak makan kek dan nak tiup lilin. Aku tersenyum malu koala bila isteri tercinta menjelaskan kononnya nak potong kek selepas makan malam sambil mak abah meneka hari istimewa siapa hari itu. Kot-kot ada cerita awal kehidupan aku terbit dari mulut secara siaran langsung empunya rahim yang mengandung, menggendung, mendokong, memimpin aku sehingga mampu berdikari dan mempunyai kehidupan sendiri sekarang. Terima kasih sayang mak, ayah dan abang adik aku. Bukan mak bapak aku lupa, cuma tak berapa ingat... maklumlah jarang orang seusiaku nak meraikannya. Selalunya aku bawa hari-hari istimewa cucu mak bapak aku atau mak bapak aku sendiri untuk dirai. Mak aku kini dah 69 dan bapak aku 73 tahun menikmati dunia dalam kesederhanaan. Alhamdulillah...

Harapan aku hanyut dengan cerita lain selepas memasing tersedar hari istimewa aku. Tanpa cerita tawarikh tentang aku tapi hanya cerita-cerita semasa yang tetap menggembirakan kami sekeluarga. Mungkin tak cukup korum untuk sesama mendengar kisah-kisah aku yang mungkin aku sendiri belum tahu atau lupa. Mungkin di suatu hari nanti andai berkesempatan... tika berkumpul dengan adik-beradik yang lain kot. Bulan depan selang sehari dari tarikh hari aku muncul hari istimewa isteri tercinta pula. Mungkin aku boleh kumpulkan adik beradik dan mak bapak kat rumah aku untuk sesama meraikannya. InsyaAllah...

Bukan aku nak mengembangkan lubang hidung untuk sebuah kehidupan ini dengan mencatat monolog ini. Hanya semata-mata untuk renungan dan menginsafkan diri sendiri dalam melalui hidup yang semakin bergerak pantas. Anak-anak cepat membesar, perbelanjaan juga mengembang dan bertambah, amal ibadat aku sendiri kabur untuk mengukur dan menilainya, kerjaya pula... entahlah.

Selagi ada hayat... aku kena terus menghayati hidup ini dengan penuh iltizam dan kesyukuran atas nikmat yang telah Tuhan berikan.

Khamis, Mei 06, 2010

cover 380 # isu 15 Mei 2010

Masa berlalu pantas... hari berganti minggu kini muncul pula isu terbaru. Isu yang bakal menggantikan isu sebelumnya yang covernya adalah terlalu istimewa pada diri aku. Istimewa yang spesel sebab aku yang melakar aku dan isteri tercintaku. Artwork yang sekian lama terpendam sebagai hak peribadi tetapi dipaksa dek Ketua Editor untuk dijadikan cover kerana konsep baru Majalah Ujang... aku mengalah sebab kebetulan bulan Mei adalah bulan kelahiran aku di alam fana ini. Aku mengharapkan tuah semuga rezeki aku sentiasa tidak putus dan bertambah... insyaAllah. Ishhh... terlayan perasaan yang perasan pulak.

Okey laa... cover kali ni oleh Jakalll yang seperti biasa dengan stailnya yang tersendiri ala-ala manga. Gambaran Pak Cik Din nan perkasa kononnya. Lantak la orang tua tu perkasa ke hape... yang penting kitorang kat sini mesti selalu memperkasakan majalah setiap masa agar korang kat sana tak terkecewa. Sokongan korang selama ini jugak amat kitorang hargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih. Terima la kasih kitorang, heheh!

Isnin, Mei 03, 2010

pencil sketch potret...

Nak mulakannya terasa jejari bengkokku kaku tapi atas permintaan yang mendesak maka aku terima dengan perasaan cuak. Ku pegang kalimah 'IMpossible' untuk melaksanakannya... ya, aku boleh! Dah lama tak pegang pensel untuk melarik dan melakar gegaris membentuk raut wajah seseorang menjadi potret. Bertahun-tahun aku tinggalkan hobi melukis di atas kertas. Sejak mengetik papan kekunci serta tetikus untuk menyempurnakan tugasan harian yang sentiasa menghadkan masa santai aku atau menghasil lukisan digital tika waktu terluang di celahan kerja, aku tak pernah menerima tempahan untuk penghasilan secara tradisional. Sememangnya yang tradisional mempunyai nilai seni yang tersendiri.

Aku memulakan
di hari terakhir
dateline tugasan.
Melakar kasar
raut wajah
sebelum tiba
waktu terluang
di hari-hari
mendatang.


Tapi kerana
leka, syok,
ralit atau
khusyuk
aku teruskan
hingga ke lewat
malam.




Setelah tiga
hari tersadai,
aku sambung
selepas
jam 6
untuk
mengisi tone.




Lakaran selalu
terhenti
kerana kepadatan
masa bekerja yang
jarang tamat pada
jam 6 petang...
berlanjutan dan
menangguhkan
lagi lakaran aku.




Dua hari sebelum
ke Pesta Buku
Perlis terpaksa aku
menyiapkan dan
menyerahkannya
dengan perasaan
lega walaupun
kurang puas.
Kerana semakin
dipandang,
semakin diamati
ada je nak ditambah.
Bukan kerana tidak siap tapi menambahbaikkan sebaik-sebaiknya untuk yang terbaik. Untuk mendapatkesempurnaan yang paling sempurna adalah mustahil kerana diri aku dan kau sendiri bukannya sempurna. Nobody perfect... itu patah perkataan antarabangsa yang selalu dituturkan walaupun penguasaan bahasa itu tak sempurna. Hehee, macam aku juga...