Rabu, Disember 22, 2010

cover 395 # isu 1 Januari 2011

Salam sejahtera... moga sejahtera dan bersedia untuk mendaki tahun 2011 akan datang. Sempena tahun 2011 yang bakal menjelang dan mengharungi 365 hari lagi... mampukah korang atau kitorang mengukir senyum lantas merasa hepi. Dengan terbitan 2 kali sebulan selama dua belas bulan berjumlah 24 keluaran aku tak rasa akan sentiasa senyum melaksanakan tugas ini untuk membuatkan korang senyum. Bayangkan yang indah-indah untuk mengharungi hari-hari mendatang sehingga tiba ke putaran hidup seterusnya. Bukan aku nak menceceh pasal azam atau plan tahun depan cuma memfantasikan satu lagi realiti hidup yang bakal ditempuh.

Orait laa... dengan rekabentuk baru di muka depan pastinya di benak kotak ilham kitorang dah naik senak. Korang pulak diharap terus menyenakkan perut dengan gelak tawa yang seterusnya menggetarkan kantung hati merasa hepi. Persembahan muka depan baru juga adalah pengharapan untuk masa depan baru yang lebih cerah bercahaya serta berseri-seri. Perghh!

Bersedialah untuk terus menapak setapak demi setapak sehari dan melangkah sebulan demi sebulan sebelum berhenti seketika di penghujung setahun dengan senyum dan rasa hepi. InsyaAllah.

Jumaat, Disember 10, 2010

cover 394 # isu 15 Disember 2010

Ahaa... sebagai penutup tahun 2010 cover kali ini bertemakan acara yang telah menjadi tradisi setiap kali cuti sekolah. Pengisian cuti sekolah yang amat bermakna kepada para pencuti sekolah terutamanya lelaki untuk melangkah ke alam lelaki sejati. Heh! Bersunat yang bukan hukumnya sunat tapi jatuh wajib kepada seorang lelaki sebagai pelengkap kejantanan seorang teruna. Okey la, tak nak cerita pasal sunat ni sebab aku tau kau semua lelaki sejati. Tak rugi si dara memilih kau. Hehe... hargai la diorang wahai lelaki sebab tanpa si dia tak guna kelakian kau.

Sebagai penutup tahun semua bercerita pasal bonus. Aku dan krew di sini dah pun bagi bonus kat korang di isu lepas iaitu bumper cuti sekolah. Harap-harap melimpah la rasa hepi korang walau terpaksa berbelanja lebih sikit. Apa la sangat nilai harga senaskah majalah jika diukur dengan rasa hepi. Aku dan krew kat sini sentiasa ternanti-nanti satu perkhabaran hepi yang dah lama tak kedengaran iaitu tentang bonus. Bertahun lamanya tak merasa... memang kecewa tapi aku dan kengkawan akan tetap bertekad meneruskan untuk menghepikan korang dan diri sendiri. Ahak!

Apa yang boleh diharap hanya la bonus yang tak terlihat dek mata, tak terbau dek hidung, tak terdengar dek telinga, tak terasa dek lidah atau tak tertanggung dek beratnya... bonus yang dilimpahkan oleh Yang Maha Segalanya. Mensyukuri bonus sihat, bonus ibadah, bonus ilham, bonus kelakar dan segala macam nikmat bonus-bonus dariNYA. Apatah lagi bonus penghargaan dariNYA melalui korang yang menjadi pembaca dan peminat setia majalah ini. Alhamdulillah. Semoga bonus-bonus ini tidak dilupakan dan akan terus menguatkan semangat aku dan krew lain memanjatkan kesyukuran kepadaNYA untuk meneruskan perjuangan yang belum pasti titik noktahnya. Akan aku pastikan keyboard terus berketik, mouse akan terus diklik, monitor terus terpancar, kertas terus terbentang, mata pensil terus diraut, pen terus melakar, warna terus bergaul, berus terus menyapu dan ilham tetap akan diperah selagi keringat idea terbit meleleh di dahi. InsyaAllah...

Rabu, Disember 01, 2010

Aku dan waspada...

WASPADA... satu perkataan yang menyeru untuk berhati-hati dan tatkala mendengarnya pasti akan mempengaruhi minda agar menjaga tindakan. Berfikir sebelum buat, lakukan dengan cermat dan mensyukuri nikmat. Bukan aku nak nasihatkan kau supaya berhati-hati tetapi sememangnya kau dan aku wajib sentiasa berwaspada setiap ketika walau di mana saja.

Apa yang aku fikirkan adalah kewujudan perkataan WASPADA itu terdiri dari perkataan-perkataan lain yang ada kaitan dan digabungkan. Sama ada memang tercipta sejak azali yakni dari mula wujud bahasa Melayu atau secara kebetulan atau dikemasguna dari perkataan-perkataan yang seerti dengannya... aku tak tahu dan tak pernah diberitahu kecuali kalau kau yang tahu maka silalah beritahu. Sesedar aku, sejak aku mengenal sebutan dan perkataan telah ada penggunaan perkataan ini. Terlintas di minda tentang perkataan AWAS, WAS-WAS dan BERPADA-PADA yang mempunyai sifat hampir sama dengan perkataan WASPADA.

Awas satu seruan agar berhati-hati dan hati akan menjadi was-was supaya cermat melakukan sesuatu. Perasaan was-was pada tindakan pun harus berpada-pada. Berpada-pada pada pertimbangan akal pasti hasilnya lebih baik daripada yang tiada sebarang dorongan mengawasi tindakan apabila melakukannya dengan sembarangan. Tindakan tanpa WASPADA boleh membawa padah.

Bukan aku nak mencetuskan kekeliruan atau membahaskannya apatah lagi berdebat tentang perkataan ini. Aku cuma terfikir kerana ilham ini datang melintas secara sembrono ketika aku memerah idea tentang yang lain. Aku rasa ada kebenaran tentang perkaitan perkataan-perkataan itu dan ianya bersatu menjadi satu agar membawa maksud yang jitu. Tak gitu?

Kesimpulannya pada aku... berWASPADA perlu ada rasa awas dan was-was serta perlu berpada-pada dengan perasaan yang diseru oleh perkataan ini supaya kehidupan sentiasa lebih berhati-hati. Andai waspada sentiasa ada dalam hidup pastinya akan mengurangkan risiko atau mudah menyelesaikan masalah lalu melancarkan perjalanan sebuah kehidupan.

cover393 # isu 1 Disember 2001

Salam sejahtera murid-murid, mak bapak murid dan murid-murid tua. Rancang tidak, tanpa khabar dan berita... tetiba je bos suruh buat bumper spesel sempena cuti sekolah. Nak tak nak kena jugak nak... siapkan mengikut jadual yang sudah terplan sejak awal tahun lagi. Air peluh dahi meleleh menuruni kat kelopak mata bercantum dan larut bersama air mata menyusur pipi sebelum tervakum ke dalam lubang hidung. Setelah bergelodak sebati lalu menjenguk keluar perlahan merayap di tebing bibir yang sesekali bergetar untuk bergaul ngan liur sebelum menitis atas keyboard. Pergh... sadis betul nak menyiapkan tugasan ni.

Walau bagaimanapun aku bersyukur diberi dugaan ini dan berjaya melaksanakannya bersama krew yang lain bertungkus lumus dan berbungkus kat opis yang secara automatik menjadi 'Opisku, rumahku'. Sekarang masa untuk korang melayannya pulak. Semoga korang bahagia dan hepi di musim cuti. Kitorang berkarya tanpa henti, akan terus bekerja walau tanpa gerenti, setia sentiasa tersemat di hati selagi tak diberhenti, di luar waktu opis atau hari cuti, ilham datang dan pergi bersilih ganti untuk diterjemahkan atas kertas atau monitor yang setia menanti, menjadi teman korang di kala sepi, yang penting... korang dan kitorang sesama rasa hepi. Yeah!