Isnin, Mac 29, 2010

cover 377 # isu 1 April 2010

Aduiii... belum sempat abiskan kerja dah muncul kerja yang lain. Kejar, kerja, dikejar- mengejar dan mengerja serta dikerjakan saling berkejaran. Dengan deadline, tambahan muka surat, bikin merchandise. Pergh, tak menang kaki tangan, kepala hotak memikirkannya. Okey laa....

Cover kali ni sentuhan kartunis Bacang@Bar-Chunk pasal fenomena zaman cyber skang ni... yang mana semua orang dah mampu memiliki kereta sama ada dengan duit sendiri atau duit mak bapak sendiri. Media lain pun sibuk buat citer pasal kecanggihan automatif. Apa yang penting dalam hidup... berhati-hati la di jalan raya, ramai pengguna yang pilih kesempatan dari keselamatan. Lupa bersyukur dengan kemudahan tapi bangga dengan gaya yang tak seberapa.

Apa-apa pun ini majalah edisi terbaru dengan harga baru yang sedikit melonjak bersamaan ketebalannya jugak bertambah namblas muka maka secara langsung bertambah kerja tapi masa dan kemudahan menyiapkan kerja tetap sama... padan muka aku! Heheh....

Khamis, Mac 11, 2010

Cover 376 # 15 Mac 2010

Masa depan... bayangan masa depan oleh kartunis Nik tentang karekter Pak Cik Din yang berakal gila cerdik dan klaka. Dengan kostum robot Pak Cik Din lebih berkarekter cyber dan tak terjangkau dek akal. Tah apa-apa ntah perangai dan kehendak orang tua tu... nyusahkan orang je.

Apa-apa pun kerana kau Pak Cik Din kitorang berpeluang bekerja kat sini dan menikmati rezeki pemberian Allah. Moga pak cik makin maju in future dan realistik... kalau tak kitorang reramai akan melastik lubang idung pak cik. Eh, pehal aku melalut pasal orang tua kutuk ni? Column aku ni untuk pembaca di luar sana bukan ruang nak bagi credit kat orang tua ni. Ceh!

Pada korang di sana jangan lupa dapatkan majalah ni yang kali ini berlawak tahap futurealistik. Di isu akan datang bukan simpton 'April Fool' atau cobaan tapi betul-betul... majalah akan ditambah tebal dengan penambahan mukasurat maka secara langsung serta automatik harganya juga meningkat. Hehehhh... semua demi kepuasan dan kehepian korang walaupun kitorang bertambah level tensen memerah idea dan keringat membereskan kerja supaya terbabas melampaui deadline. Deadline ngan 'tuuttt' tak bertambah tapi kitorang akan bertambah hepi jugak andai korang terus menyokong kitorang. Heheh...