Isnin, April 19, 2010

cover 379 # isu 1 Mei 2010

Cover yang tidak ada kena mengena dengan apa-apa watak dalam Majalah Ujang tapi ianya adalah salah satu watak sebenar yang menggerakkan Majalah Ujang sehingga berada di pasaran setiap tiba masanya. Dihasilkan oleh empunya diri itu sendiri dengan sentuhan lukisan digital yang menggunakan aplikasi photoshop. Tak kisah bagaimana ianya terhasil... yang penting adakah ianya akan mendatang hasil kepada kompeni.

Memang mulai tahun ini konsep cover majalah agak berlainan dari yang pernah terhasil di tahun-tahun yang lalu... satu perubahan yang berani dilakukan oleh pewaris MOY. Kitorang yang rata-rata tahap otai, lebih berusia dari bos baru tapi pandangan serta idea barunya tetap kitorang selam dan hayati hingga membawa kitorang juga berjiwa dekat dengannya. Hehehe... kira kitorang kembali muda remaja.

Memang kitorang yang dah dikategori otai tak terasa berusia kerana sentiasa menjiwai alam remaja dan selama penerbitan majalah ini di pasaran ianya disasarkan untuk para remaja sunti, remaja manja dan remaja tua maka secara tak langsung meremajakan kitorang. Tak kisah la di kategori mana korang berada... kalau nak awet muda layanlah Majalah UJANG ni. Menghepikan hati akan menularkan hormon keremajaan melalui urat saraf ke wajah hingga menyerlahkan kemudaan di mata yang melihat. Macam real je... hehe. Try dan amalkan la kalau tak caya... senyum! Ada kartun semuka oleh kartunis Bijan pasal senyum di isu kali ini pasal mengapa korang perlu senyum selalu. Selamat melayan...

Selasa, April 06, 2010

Aku dan senyum...

Salam sejahtera... dah lama aku tak berbicara di sini kerana asyik memendam monolog yang terendam lemas di perigi kalbu. Alasan konkrit yang terpasak padu tak lain dan tak bukan adalah masa. Masa membuatkan aku terpaksa mengejar rutin hidup utama sebelum menyelit melakukan yang tersampingan... di saat ini aku menerobos di celah-celah kekangan kerja untuk isu seterusnya yang baru landing di meja aku. Sebelum disusun mengikut schedule dan mengumpul artikel serta artwork terbit idea pasal senyum yang baru aku ketik tadi... Senyum Penawar Hati. Bukan senyuman tawar yakni yang dibuat-buat tapi menawarkan sebuah senyuman ikhlas untuk diri sendiri atau orang lain. Bukan juga mentawarkan senyuman manis yang sememangnya tersembunyi malu di dalam hati, apatah lagi memasamkan atau memasinkan sebuah senyuman.

Senyum memang suatu penawar paling mujarab dan mustajab bagi meredakan keresahan, kesunyian, kemurungan atau kemarahan... kata lainnya menstabilkan gangguan emosi. Ketika marah atau gelisah cuba kau lakarkan sebuah senyuman untuk diri sendiri. Tak mampu? Memang tidak mudah menelan kemarahan sambil mengukir garis senyum ikhlas secara serentak tapi sekurang-kurangnya bagi meredakan ketidakstabilan emosi bawalah diri menyendiri seketika dan lakarkan senyuman. Cuba berseorangan seketika... maksudnya ke tempat yang tak lihat orang dan cuba ukirkan sekuntum senyuman untuk diri sendiri. Fikirkan semula punca menyalanya api kemarahan yang sedang merebak membakar hati. Padamkan api kemarahan tu dengan tegukan lelehan air liur dek senyuman ikhlas agar mengalir di kerongkong dan membasahi serta menyejukkan sekeping hati yang sedang membara. Aku sendiri tak berupaya mengawal kemarahan walaupun atas sebab-sebab kecil dan tak munasabah, lelebih lagi jika di waktu emosi tidak stabil. Kadangkala mengakibatkan orang lain yang menjadi mangsa. Aku pernah lakukannya dan perasaan aku sungguh melegakan... rasa aman bila berjaya mendelete virus kemarahan yang cuba menakluki memori minda aku yang kapasiti RAMnya terhad. Terutamanya apabila muncul insiden-insiden tak diundang dan kekurangan ajar pengguna di jalan raya yang RAMnya berkapasiti rendah.

Cetusan kemarahan sama ada dari perbuatan orang lain atau diri sendiri memang dilalukan untuk aku atau kau sebagai ujian kehidupan dalam mengingati Tuhan. Mengembalikan diri kepada Tuhan adalah koma pada ujian-ujian kehidupan lain yang bakal dilalui. Senyum sambil istighfar... pasti melegakan. Gerenti! Aku dah cuba walau tidak selalu kerana kerap lupa disebabkan perasaan hati mendahului intelek akal. Aku dan kau adalah hambaNya yang lemah.

Bersyukurlah jika ada orang lain yang mencetuskan kemarahan kerana insiden itu mengembalikan kau dan aku kepada Maha Pencipta... sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah...
aku bukan sempurna nak mengajar kau tapi aku punya hak untuk saling mengingatkan diri aku dan kau. Memberi jika ada terlebih dan memohon kemaafan dari kekurangan yang memang pasti ada dalam diri aku ini.

cover 378 isu 15 April 2010

Terasa cepat waktu berlalu bagaikan tiada ruang berehat... deadline isu seterusnya tiba untuk dikerjakan dan dikejar. Pejam celik, ketik jari jemari sepanjang hari... tup-tup dah terlanggar deadline. Kerja terus kerja, kejar tetap kejar... kalau tak terjejas periuk nasi. Kerja di belakang tabir sesebuah penerbitan memang memeritkan hingga nak bersantai bersama kartunis berpromosi di pesta buku pun selalu tak kesampaian. Hujung bulan ni kalau takde aral melintang di jalanan, membujur lalu melintang patah pasti para kartunis akan berada Perlis dan Pulau Pinang. Rasa hati kecik ni teringin je nak berjalan-jalan ke utara, menyedut udara nyaman di kawasan jelapang padi sambil menikmati panorama pemandangan indah. Perghhh... alangkah bestnya.

Apa-apa pun korang jangan lupa ke pesta buku di utara hujung bulan ni nooo... kerjakan kartunis yang dok pi sana. Diorang memang berkerja di sana untuk dikerjakan oleh korang. Nak tau tarikh dan masanya korang selak la Majalah UJANG terkini. Heheh!

Lawak Gentle ye... bukan lawak gentel. Para gentlemen sedang beraksi mengontrol macho di cover terkini walaupun semuanya dah berusia petang meniti senja... yang penting bergaya, berhati muda. Pak Cik Din cakap kalau nak sentiasa rasa muda kena senyum dan rasa hepi selalu walau dalam apa jua keadaan sama ada suasana-suasini tenang atau kelam-kabut bermasalah... hadapi perjalanan hidup tu dengan rasa hepi.

Ketawa sengsorang hati riang
Ketawa berdua tanda suka
Ketawa reramai rasa damai
Ketawa korang untuk kitorang@lain orang
Ketawakan kitorang maknanya sayang

Ungkapan iklan Majalah UJANG di Majalah APO? yang berteraskan rasa hepi membawa rasa kasih sayang. Hehe... kitorang sayang korang semua. Hehee...