Isnin, Oktober 18, 2010

cover 390 # 15 Oktober 2010

Cover yang dipenuhi dengan watak-watak dalam Majalah UJANG. Walaupun bukan semua watak terpapar kat muka depannya tapi inilah diantara watak-watak yang menghidupkan dan memeriahkan Majalah UJANG dan secara tak langsung 'menghidupkan' dan menensenkan kepala hotak krew studio Majalah UJANG. Fuhhh... sentiasa memikir dan memerah otak untuk dilakar di atas kertas menjadi kelakar sebagai tatapan minda pembaca.

Terima kasih dari kitorang untuk korang yang sentiasa setia membeli dan membelek majalah ini. Semoga korang terus melayan dan kitorang dapat terus melakar garis-garis seni kartun selama mungkin. Kemungkinan yang tidak berhujung kerana tidak ada istilah persaraan dalam berkarya kepada seorang pengkarya. Tidak kiralah siapa dalam kategori apa sekalipun... asalkan seseorang itu berfikir menghasilkan sesuatu untuk khalayak maka itulah pengkarya.

Selagi belum tutup mata... kerja, kerja, kerja. Kitorang akan terus bekerja selagi ada kerja yang nak dikerjakan sebelum kena kerja. Hah, okeylah... nak sambung kerja.

Isnin, Oktober 04, 2010

cover 389 # isu 1 Oktober 2010

Terlambat sikit nak mempromosinya kerana dek sibuk semula mengejar deadline terlanjur disamping suasana raya masih belum habis. Cover kali ini Pak Cik Din rasa terpanggil untuk sesama berkempen tentang keburukan, ketidaksopanan serta keterlanjuran remaja sekarang membuang bayi. Tanpa rasa malu, segan serta rasa bersalah diorang membuang bayi dan lebih mengharukan lagi tindakan diorang tu boleh mengakibatkan kematian bayi yang tidak bernasib baik dalam keadaan menyayatkan hati.

Simpangkan serta jauhkan malapetaka itu dari keluarga dan di kalangan masyarakat kita. Sebagai masyarakat penyayang dan beragama sudah pasti perkara tak senonoh ini tak akan berlaku. Diharap dengan keperihatinan PCD serta krew yang terluah di muka depan majalah ini akan memberi sedikit peringatan serta secebis kebaikan untuk direnung oleh bakal-bakal pembuang bayi.

Tak dinafikan semua pasangan sama ada yang sah atau tidak sah sayangkan bayi comel... tapi dek keterlanjuran laku maka itulah jalan bagi menghilangkan bukti. Oleh yang demikian sebelum melakukan perkara-perkara sumbang yang menyumbang ke arah membuang bayi, berfikirlah dulu dan rujuklah tingkah diri pada pegangan agama sebelum iman tumbang. Elakkan berdua-duaan kerana telah diingatkan bahawa bakal wujud kehadiran orang ketiga. Dari sudut agama orang ketiga tu adalah setan laknat yang bakal membisik serta menghasut keduanya melakukan maksiat... jauhkan! Di sudut moral sosialnya kerana berdua-duaan untuk menjadi satu bakal melahirkan orang ketiga dalam hidup diorang berdua. Bagi yang sah ikatan dek pernikahan sudah pasti kelahiran itu sebagai bukti cinta suci tapi bagi pasangan takde pengesahan status maka kehadiran orang ketiga dianggap bukti maksiat tanda celaka.

Serius dalam kelakar atau lawak dalam serius adalah wadah sinis kitorang menyampaikan sesuatu. Ada akal fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hidung bau, ada hati berhati-hati, ada nafsu... gunakanlah akal untuk berfikir.

Selamat Sudah Hari Raya...

Kini tiba lagi di penghujung bulan raya di Syawal indah ini. Bahang raya masih terasa terutama di hari cuti Sabtu dan Ahad... minggu depan adalah hujung minggu terakhir di bulan Syawal. Aku percaya masih akan ada lagi rumah terbuka dan silap hari bulan terlajak masuk ke bulan Zulkaedah. Tak kesah la asalkan keraian itu untuk mengeratkan silaturrahim sesama teman, kawan, rakan, sahabat dan juga keluarga.

Aku belum pernah lagi buat rumah terbuka yang terbuka untuk semua orang... cuma terbuka untuk keluarga sendiri aje. Hakikatnya rumah aku sentiasa terbuka untuk dibuka pintunya sepanjang tahun selagi rumah aku diketuk orang... siapa saja dialu-alukan datang. Bukan tak berkeinginan membuatnya cuma aku tak ghairah untuk membuka sebuka-bukanya rumah aku. Bukannya aku menolak rezeki tapi hati aku masih tak begitu teruja untuk meraikan Hari Raya sebegitu. Aku rasa kedatangan tetamu beramai-ramai sudah pasti akan mengurangkan tumpuan melayan dan beramah mesra dengan diorang. Berkemungkinan besar tetamu yang mengharapkan untuk bersembang lama juga akan terencat kerana kesibukan tuan rumah melayan tetamu lain. Bukan aku menafikan kebaikan rumah terbuka cuma buat masa ini belum terangsang melaksanakannya.

Minggu lepas di rumah seorang sahabat sekelas bertemulah aku dengan rakan-rakan lain yang pernah sekelas dan sesekolah. Walaupun tak seramai yang diharapkan tapi kehadiran diorang membuat aku seronok berhari raya dan terimbau kenangan 30-20 tahun dulu. Berbeza dan berlainan... tumbesaran yang cukup ketara pada setiapnya termasuk aku di mata diorang terutama rupabentuk dan penampilan. Syukur alhamdulillah memasing masih sihat walafiat. Pada teman yang tak berkesempatan aku penuhi undangan ke rumah terbukanya, diri aku dan mewakili teman-teman lain mohon berbillion-billion maaf zahir dan batin. Mungkin bukan jodoh pertemuan aku dan kau untuk tahun ini... insyaAllah di tahun berikutnya.

Di akhir papan kekunci ini, aku sudah pasti merindui serta mengharapkan ketibaan Syawal nan indah dan menemui kembali teman-teman yang lama tak berkesempatan bertemu dek kesibukan rutin peribadi memasing. Yang penting semoga kau dan aku menempuh dahulu bulan sebelumnya yakni Ramadan dengan penuh ketaqwaan dan merasa perubahan di bulan-bulan seterusnya untuk menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah.