
Apa-apa pun kerana kau Pak Cik Din kitorang berpeluang bekerja kat sini dan menikmati rezeki pemberian Allah. Moga pak cik makin maju in future dan realistik... kalau tak kitorang reramai akan melastik lubang idung pak cik. Eh, pehal aku melalut pasal orang tua kutuk ni? Column aku ni untuk pembaca di luar sana bukan ruang nak bagi credit kat orang tua ni. Ceh!
Pada korang di sana jangan lupa dapatkan majalah ni yang kali ini berlawak tahap futurealistik. Di isu akan datang bukan simpton 'April Fool' atau cobaan tapi betul-betul... majalah akan ditambah tebal dengan penambahan mukasurat maka secara langsung serta automatik harganya juga meningkat. Hehehhh... semua demi kepuasan dan kehepian korang walaupun kitorang bertambah level tensen memerah idea dan keringat membereskan kerja supaya terbabas melampaui deadline. Deadline ngan 'tuuttt' tak bertambah tapi kitorang akan bertambah hepi jugak andai korang terus menyokong kitorang. Heheh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan