Isnin, November 15, 2010

cover392 # isu 15 November 2010

Seperti kebiasaan aku terlewat lagi memaparkan cover setiap keluaran dan di setiap kali untuk bertemu korang di sini, aku kena memohon kemaafan. Lumrah orang terlewat dan juga lumrah kerja aku yang sentiasa di kelilingi suasana sibuk. Apa tah lagi isu seterusnya nanti (tengah bertungkus lumus sekarang menyiapkannya) kena buat isu spesel sempena cuti sekolah... Bumper Cuti Sekolah. InsyaAllah esok kena siapkan dan hantar untuk langkah seterusnya membuat plate sebelum dicetak dan diterbitkan sebelum masuk bulan Disember. Coretan akan datang aku bicara pasal isu BCS ek.

Di keluaran ini beraksikan adegan orang tua kutuk sorang tu sedang mengecohkan suasana untuk bersantap hingga menyentap selera orang. Aksi yang tak terjangkau dek akal orang normal melakukannya tapi berkemungkinan berlaku di luar pengetahuan korang. Pengajaran kat sini korang fikir dan bayangkan la sendiri untuk ke arah kebaikan. Sukar untuk perjelaskan mengikut kefahaman sendiri kerana ianya memang paparan untuk difikirkan semua orang secara sendiri-sendiri bersendirian menurut kefahaman sendiri. Eh, berapa banyak sendiri daa... ahh, korang layan la sendiri. Hehehe...

Isnin, November 01, 2010

cover 391 # isu 01 November 2010

Makin menuju ke penghujung tahun... bermakna makin dekat dengan cuti sekolah dan makin berdebar pada yang bakal menempuh hari-hari istimewa. Hari peperiksaan, hari kahwin, hari nak dapat anak, hari meninggalkan zaman sekolah, kolej, universiti atau apa je yang memberi kesan dalam kehidupan. Tak kisah apa yang ditinggalkan, yang penting ialah apa yang nak dihadapi dan bakal menjadikan kehidupan akan datang lebih bermakna.

Bagi kitorang pasti akan meninggalkan isu demi isu untuk korang dan kini isu terkini menjelang lagi dengan aksi sepasang kapel memadu kasih. Pasti saat ini pernah, sedang atau bakal berlaku pada korang. Selamat berkapel dan selamatkan masa berkapel... setia pada yang ada selagi dia berada di dalam hati. Begitu juga kitorang sentiasa mengharapkan kesetiaan korang untuk bersama kitorang walaupun bukan semua yang korang impikan dapat kitorang penuhi. Harapan tetap sama iaitu memberi sesuatu yang terbaik sebagai balasan sebuah kesetiaan.

Dengan kesetiaan lahir sebuah ikatan murni dan tenang... saling percaya, saling hepi bergurau senda dengan gelak tawa tanpa curiga. Moga korang sentiasa diulit hepi... hehe.