Jumaat, Disember 05, 2014

Kembara Keluarga 2014



Assalamualaikum wbt.

Setahun berlalu... kali ini destinasi ke utara menjengah negeri Jelapang Padi.
9 pagi 29 November kami bertolak dan tiba di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Kedah jam 4 petang. Keluarga Sanusi Idah sememangnya telah menanti di Homestay D'Nelayan kepunyaan sebuah keluarga cikgu. (Banyak homestay yang pernah kami inap sebelum ini diusahakan oleh para guru). Sanusi sekeluarga telah sampai awal atas urusan kerja dan kami cuma menumpang sama di homestay dan seterusnya akan menjelajah Kedah bersama.

Homestay D'Nelayan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.
Petang kami ke Kuala Kedah melayan mentari terbenam sambil perhatikan bot-bot nelayan dan bot ke Pulau Langkawi merentasi laut sambil menjamah cekodok pisang yang baru digoreng serta keropok. Ramai pengunjung tapi malangnya tiada ruang rekreasi atau rehat yang selesa. Mungkin suatu hari nanti akan dibina kemudahan awam dan diharap tidak akan disalahguna oleh orang ramai... seperti yang berlaku di sesetengah tempat. 
Bangunan Maritim tersergam di persisiran kuala

Mentari melabuhkan sinarnya...
Ahad 30 November kami buat persedian beli lauk di pasar di jeti bawah Jambatan Pasai untuk makan tengah hari di rumah adik mak mentua di Kubur Panjang. Hidangan kampung dengan ikan pekasam serta ulaman menambah selera.
Petang itu kami ke Muzium Padi di Gunung Keriang.
Komplek Muzium Padi, Kedah.

Kerbau dan tenggala...
Akil dan Husin sentiasa bersama.
Latar depan komplek Muzium Padi.
Di tingkat atas Muzium Padi ada screen besar pemandangan sekelilingnya.




Gambar pemandangan....

Ikhwan, Akil dan Husin naik kereta kuda keliling muzium.
Tiga dara pingitan....

Isnin 1 Disember - keluar dari homestay D'Nelayan menuju ke destinasi ke Pulau Aman, Pulau Pinang. Perjalanan melalui bendang dan pantai singgah di beberapa penempatan nelayan.



Perjalanan diterus di satu lokasi di mana tersergam sebuah jambatan yang terbengkalai bernilai puluhan juta ringgit menghubungkan Yan ke Pulau Bunting. Maaf kerana tidak pasti matlamat pembinaannya... yang pasti ianya membazir jika berterusan tanpa dimajukan. Sekurang-kurang diperindahkan untuk tujuan pelancongan... dapat juga penduduk tempatan berniaga kecil-kecilan menambah pendapatan.




Melewati tengah hari perut sudah mula lapar. Perjalanan diteruskan melalui kaki Gunung Jerai ke Tanjung Dawai untuk menikmati laksa Kedah. Sebelum ke Jeti Batu Kawan kami singgah di Lembah Bujang, Merbok.

Komplek penerangan di Lembah Bujang.

Air terjun...

Setelah Asar kami meneruskan perjalanan ke Batu Kawan untuk ke Jeti Batu Musang. Dari situ kami menaiki bot trip yang terakhir jam 6 petang ke Pulau Aman yang aman sentosa berlatar belakangkan kehidupan nelayan. Banyak chalet terapung tatkala air pasang. Aktiviti malam hanya berehat dan makan-makan ikan laut yang segar di Chalet Terapung Abang Ali.

Chalet menghadap tanah besar yang sepenuhnya terapung bila air pasang.

Pemandangan kelong ternak ikan di waktu malam.

Suasana pagi nan damai dan nyaman.

Pemandangan kelong ternak ikan waktu pagi disinari mentari.

Cari rezeki....

Menanti rezeki....

Setia menanti....

Kehebatan anak-anak Pulau Aman.

Kemahiran anak gadis Pulau Aman.

Belacak tercacak...

Berehat....

Ketam Pulau Aman yang jinak.

Akil riang bermain air laut.

Akil dan Husin pantang jumpa air.

Bilas dengan air Telaga Mas.

Ain dan Jannah menyusur pantai.

Kebesaran Ilahi.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Senyum kambing.

Rusa nan jinak menjenguk makanan.

Sepi...

Sanusi, Abang Ali dan aku bergambar kenangan sebelum berangkat pulang.

Selamat tinggal Pulau Aman. InsyaAllah bertemu lagi...

Selasa 2 Disember kami mengakhiri percutian dan kembali ke Shah Alam. Moga dikurniakan lagi kesempatan bersama keluarga di hari mendatang... insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan