Rabu, Februari 24, 2010

aku dan pesona...

Aku terpesona pada sesuatu yang mempesonakan dan cuba menyampaikan monolog aku yang entah ada atau tidak 'pesona' itu cuma kau yang rasa. Pada kefahaman aku 'pesona' adalah sesuatu yang membuatkan perasaan suka dan memikat hati walaupun ianya belum tentu dapat dimiliki. Apa saja yang wujud... yang aku nampak, yang kau rasa atau apa yang mereka dengar boleh mempengaruhi untuk terpesona.

Bukan aku nak cerita pasal aku terpesona pada sesuatu tapi nak sambung satu ungkapan tentang 'pesona' dalam iklan Majalah UJANG isu 373 di Majalah APO? isu 266 keluaran 1 hb Februari 2010.

Pesona Mata dek Kecantikan
Pesona Hidung dek Haruman
Pesona Lidah dek Tutur Bahasa
Pesona Telinga dek Kemerduan
Pesona Mulut dek Senyuman
Pesona Tangan dek Salam
Pesona Kaki dek Langkah
Pesona Minda dek Kebijaksanaan
Pesona Laku dek Tingkah
Pesona Insan dek Akhlak

Kerana pesona maka terpikat... sebaik-baik pesona perelokkanlah akhlak. Yang terbaik akhlaknya hanya seorang yang menjadi idola dan seelok-elok contoh iaitu Nabi Muhamad S.A.W. Tiada yang dilaluinya bukan untuk aku dan kau dalam penghidupan.

Itu yang selalu aku fikir dan cuba nyatakan pada diri aku, mampukah melaksanakannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan