Isnin, September 20, 2010

Aku hanya...

Selamat... selamat sudah raya tahun ni. Selamat dalam erti kata selamat menempuh atau melaluinya dengan serba sederhana. Puasa dan raya ditinggalkan bermakna selamat sudah fasa berbelanja dan bermula semula mencari serta mengumpul harta untuk dibelanjakan lagi bila genap haul tahun depan. Berulanglah perjalanan hidup yang penuh harapan agar sentiasa berada di landasan jalan lurus tanpa banyak selekoh atau simpang... dan berhenti di stesen-stesen atau R&R seterusnya. Berehat dan berbelanja kononnya berehat menghilangkan lelah dan kemudian meneruskan semula perjalanan. Bergerak selagi mampu sehingga menemui jalan 'pulang' dan kembali kepadaNYA.

Selama bergerak dan berjalan terlalu banyak pengalaman yang dijunjung, dikendung, disimpan, diteladan, tercicir mahupun terhilang... semua bekalan sebelum menemui jalan 'pulang'. Sama ada dikongsi bersama teman-teman seperjalanan atau kegunaan persendirian. Dimanfaatkan atau diabaikan... semuanya adalah kisah bakal dibicarakan.

Aku akan terus berjalan dan sentiasa menemui kau di mana jua. Walau siapa pun kau, aku tetap akan menghargai kehadiran kau yang menjadikan pengalaman aku terisi. Terima kasih kerana kau sudi menerima dan memberi pengalaman untuk aku. Aku hanya berkeupayaan dengan izinNYA.

Semuga aku dan kau sentiasa bersyukur dengan apa yang dapat dan bersabar dengan apa yang diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan