Rabu, Disember 22, 2010

cover 395 # isu 1 Januari 2011

Salam sejahtera... moga sejahtera dan bersedia untuk mendaki tahun 2011 akan datang. Sempena tahun 2011 yang bakal menjelang dan mengharungi 365 hari lagi... mampukah korang atau kitorang mengukir senyum lantas merasa hepi. Dengan terbitan 2 kali sebulan selama dua belas bulan berjumlah 24 keluaran aku tak rasa akan sentiasa senyum melaksanakan tugas ini untuk membuatkan korang senyum. Bayangkan yang indah-indah untuk mengharungi hari-hari mendatang sehingga tiba ke putaran hidup seterusnya. Bukan aku nak menceceh pasal azam atau plan tahun depan cuma memfantasikan satu lagi realiti hidup yang bakal ditempuh.

Orait laa... dengan rekabentuk baru di muka depan pastinya di benak kotak ilham kitorang dah naik senak. Korang pulak diharap terus menyenakkan perut dengan gelak tawa yang seterusnya menggetarkan kantung hati merasa hepi. Persembahan muka depan baru juga adalah pengharapan untuk masa depan baru yang lebih cerah bercahaya serta berseri-seri. Perghh!

Bersedialah untuk terus menapak setapak demi setapak sehari dan melangkah sebulan demi sebulan sebelum berhenti seketika di penghujung setahun dengan senyum dan rasa hepi. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan