Khamis, November 22, 2012

Setahun berlalu...

Muncul lagi Bumper Spesel Cuti Sekolah yang digelar Bapak Bumper. Mungkin ianya tahap bapak segala bapak bumper... diharap takda lagi penerbitan majalah lain setebal ini pada tahun ni. Walaupun ia tak setebal Maharaja Bumper tahun lepas... ianya secara tak langsung menidakkan ruang untuk aku dan para grafik lain menumpang karya. Bukan rezeki aku tahun ni agaknya dan aku redha malah ianya satu hikmah kerana tidak menambah beban kerja yang dah sememang terbeban. Saban tahun melaksanakan kerja tak henti sebab setiap dua minggu kena siapkan dan terbit majalah disamping kerja-kerja sampingan... sedar-sedar dah tiba ke penghujung tahun. Hidup mesti terus selagi terus hidup. Hehe...


Cover hasil karya kartunis Manggis menggunakan photoshop.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bagaimana beliau hasilkan karyanya korang belilah Majalah Ujang isu 441 keluaran 1 Disember 2012. Jadikan terbitan kali ini, yang lepas serta yang akan datang sebagai koleksi korang... mungkin ianya menjadi sesuatu yang amat bermakna dan berharga kepada generasi korang kelak.

Sebenarnya aku menulis ni kerana dah terlalu lama tak menjengok blog serta bimbang ianya diblock. Dalam kesibukan mengejar isu seterusnya aku luang masa serta buang rasa bersalah mengisi ruang ini. InsyaAllah ianya akan mengembalikan semula semangat aku untuk giat berkongsi monolog dengan korang.

Jumpa lagi di satu ruang masa depan dengan izinNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan