Selasa, April 06, 2010

Aku dan senyum...

Salam sejahtera... dah lama aku tak berbicara di sini kerana asyik memendam monolog yang terendam lemas di perigi kalbu. Alasan konkrit yang terpasak padu tak lain dan tak bukan adalah masa. Masa membuatkan aku terpaksa mengejar rutin hidup utama sebelum menyelit melakukan yang tersampingan... di saat ini aku menerobos di celah-celah kekangan kerja untuk isu seterusnya yang baru landing di meja aku. Sebelum disusun mengikut schedule dan mengumpul artikel serta artwork terbit idea pasal senyum yang baru aku ketik tadi... Senyum Penawar Hati. Bukan senyuman tawar yakni yang dibuat-buat tapi menawarkan sebuah senyuman ikhlas untuk diri sendiri atau orang lain. Bukan juga mentawarkan senyuman manis yang sememangnya tersembunyi malu di dalam hati, apatah lagi memasamkan atau memasinkan sebuah senyuman.

Senyum memang suatu penawar paling mujarab dan mustajab bagi meredakan keresahan, kesunyian, kemurungan atau kemarahan... kata lainnya menstabilkan gangguan emosi. Ketika marah atau gelisah cuba kau lakarkan sebuah senyuman untuk diri sendiri. Tak mampu? Memang tidak mudah menelan kemarahan sambil mengukir garis senyum ikhlas secara serentak tapi sekurang-kurangnya bagi meredakan ketidakstabilan emosi bawalah diri menyendiri seketika dan lakarkan senyuman. Cuba berseorangan seketika... maksudnya ke tempat yang tak lihat orang dan cuba ukirkan sekuntum senyuman untuk diri sendiri. Fikirkan semula punca menyalanya api kemarahan yang sedang merebak membakar hati. Padamkan api kemarahan tu dengan tegukan lelehan air liur dek senyuman ikhlas agar mengalir di kerongkong dan membasahi serta menyejukkan sekeping hati yang sedang membara. Aku sendiri tak berupaya mengawal kemarahan walaupun atas sebab-sebab kecil dan tak munasabah, lelebih lagi jika di waktu emosi tidak stabil. Kadangkala mengakibatkan orang lain yang menjadi mangsa. Aku pernah lakukannya dan perasaan aku sungguh melegakan... rasa aman bila berjaya mendelete virus kemarahan yang cuba menakluki memori minda aku yang kapasiti RAMnya terhad. Terutamanya apabila muncul insiden-insiden tak diundang dan kekurangan ajar pengguna di jalan raya yang RAMnya berkapasiti rendah.

Cetusan kemarahan sama ada dari perbuatan orang lain atau diri sendiri memang dilalukan untuk aku atau kau sebagai ujian kehidupan dalam mengingati Tuhan. Mengembalikan diri kepada Tuhan adalah koma pada ujian-ujian kehidupan lain yang bakal dilalui. Senyum sambil istighfar... pasti melegakan. Gerenti! Aku dah cuba walau tidak selalu kerana kerap lupa disebabkan perasaan hati mendahului intelek akal. Aku dan kau adalah hambaNya yang lemah.

Bersyukurlah jika ada orang lain yang mencetuskan kemarahan kerana insiden itu mengembalikan kau dan aku kepada Maha Pencipta... sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah...
aku bukan sempurna nak mengajar kau tapi aku punya hak untuk saling mengingatkan diri aku dan kau. Memberi jika ada terlebih dan memohon kemaafan dari kekurangan yang memang pasti ada dalam diri aku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan