Isnin, Oktober 04, 2010

cover 389 # isu 1 Oktober 2010

Terlambat sikit nak mempromosinya kerana dek sibuk semula mengejar deadline terlanjur disamping suasana raya masih belum habis. Cover kali ini Pak Cik Din rasa terpanggil untuk sesama berkempen tentang keburukan, ketidaksopanan serta keterlanjuran remaja sekarang membuang bayi. Tanpa rasa malu, segan serta rasa bersalah diorang membuang bayi dan lebih mengharukan lagi tindakan diorang tu boleh mengakibatkan kematian bayi yang tidak bernasib baik dalam keadaan menyayatkan hati.

Simpangkan serta jauhkan malapetaka itu dari keluarga dan di kalangan masyarakat kita. Sebagai masyarakat penyayang dan beragama sudah pasti perkara tak senonoh ini tak akan berlaku. Diharap dengan keperihatinan PCD serta krew yang terluah di muka depan majalah ini akan memberi sedikit peringatan serta secebis kebaikan untuk direnung oleh bakal-bakal pembuang bayi.

Tak dinafikan semua pasangan sama ada yang sah atau tidak sah sayangkan bayi comel... tapi dek keterlanjuran laku maka itulah jalan bagi menghilangkan bukti. Oleh yang demikian sebelum melakukan perkara-perkara sumbang yang menyumbang ke arah membuang bayi, berfikirlah dulu dan rujuklah tingkah diri pada pegangan agama sebelum iman tumbang. Elakkan berdua-duaan kerana telah diingatkan bahawa bakal wujud kehadiran orang ketiga. Dari sudut agama orang ketiga tu adalah setan laknat yang bakal membisik serta menghasut keduanya melakukan maksiat... jauhkan! Di sudut moral sosialnya kerana berdua-duaan untuk menjadi satu bakal melahirkan orang ketiga dalam hidup diorang berdua. Bagi yang sah ikatan dek pernikahan sudah pasti kelahiran itu sebagai bukti cinta suci tapi bagi pasangan takde pengesahan status maka kehadiran orang ketiga dianggap bukti maksiat tanda celaka.

Serius dalam kelakar atau lawak dalam serius adalah wadah sinis kitorang menyampaikan sesuatu. Ada akal fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hidung bau, ada hati berhati-hati, ada nafsu... gunakanlah akal untuk berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan