Rabu, Januari 19, 2011

cover 397 # keluaran 1 Februari 2011

Wow! Apa yang wow? Wow la bila Pak Cik Din yang tua kerepot ada hati dok usha awek orang... berani tu. PCD tunjuk kegentlemannya dengan bahasa berbunga-bunga mengayat awek sambil memberi sejambak bunga. Pompuan ngan bunga memang sinonim dan tak boleh dipisahkan. Di mana ada bunga, di situ ada pompuan dan begitu jugak sebaliknya. Bunga lambang kecantikan dan keharuman walaupun ada bunga itu tak berbau tapi cantik dipandang, kebanyakan bunga ada haruman tersendiri walaupun kadangkala rupa bunga itu tak menggoda. Berbagai perumpamaan melibatkan bunga yang dikiaskan kepada manusia sama ada perempuan atau lelaki.

Tak kisahlah walau apa pun kisah tentang bunga... yang pasti mekar harumnya tak kekal selamanya. Begitu juga kau dan aku... semoga terpelihara rupa paras, akhlak, iman agar sentiasa mengharum bak bunga walau di mana jua berada pada setiap masa. Jadilah hiasan yang menyeri dan menyamankan suasana serta mendamaikan pemandangan oleh sesiapa yang melihat... yakni bermanfaat kepada yang lain bukan menjadi pujaan. Sesungguhnya pujian hanya untukNYA. Alhamdulillah...

Khamis, Januari 06, 2011

cover396#isu 15 Januari 2011

Ketemu lagi selagi aku diberi ruang masa, ruang tempat dan juga ruang kesihatan untuk menulis kat sini. Aku akan terus mempromosi seperti selalunya walau bukan satu tugas yang diwajibkan tapi menjadi kewajiban aku untuk memberitahu kau tentang perkembangan produk tempat aku cari makan. Lain orang lain cara cari makan... ada yang terlebih makan, cukup-cukup makan atau tak cukup makan. Pokoknya nak cari makan jangan sampai 'makan orang'... sama ada makan kawan atau makan lawan. Aiseymen... apsal aku melalut pasal makan lak ni? Makan memang best tapi sebab makan juga boleh jadi tak best.

Okeylah, sesambil makan pun boleh layan majalah ni. Paparan Mat Despatch naik hangin bila Pak Cik Din menunggang motor cari makan dia sambil dibonceng kambing dan ditertawakan bosnya. Macam-macam boleh jadi untuk mencari makan asalkan boleh makan. Ada yang sanggup jadi kawan makan kawan bagi meneruskan hidup walau pernah makan sepinggan, minum secawan. Ada juga yang sanggup makan suap kerana nak hidup mewah dan selalu makan angin. Yang penting kau dan aku jaga makan sebelum dimakan.

Kalau lapar perut makanlah nasik, lapar iman makanlah ibadah, lapar pengetahuan makanlah ilmu, kalau lapar hepi makanlah lawak. Hehehe.... satu lagi, kalau laparkan pengalaman teruskanlah hidup.

Rabu, Disember 22, 2010

cover 395 # isu 1 Januari 2011

Salam sejahtera... moga sejahtera dan bersedia untuk mendaki tahun 2011 akan datang. Sempena tahun 2011 yang bakal menjelang dan mengharungi 365 hari lagi... mampukah korang atau kitorang mengukir senyum lantas merasa hepi. Dengan terbitan 2 kali sebulan selama dua belas bulan berjumlah 24 keluaran aku tak rasa akan sentiasa senyum melaksanakan tugas ini untuk membuatkan korang senyum. Bayangkan yang indah-indah untuk mengharungi hari-hari mendatang sehingga tiba ke putaran hidup seterusnya. Bukan aku nak menceceh pasal azam atau plan tahun depan cuma memfantasikan satu lagi realiti hidup yang bakal ditempuh.

Orait laa... dengan rekabentuk baru di muka depan pastinya di benak kotak ilham kitorang dah naik senak. Korang pulak diharap terus menyenakkan perut dengan gelak tawa yang seterusnya menggetarkan kantung hati merasa hepi. Persembahan muka depan baru juga adalah pengharapan untuk masa depan baru yang lebih cerah bercahaya serta berseri-seri. Perghh!

Bersedialah untuk terus menapak setapak demi setapak sehari dan melangkah sebulan demi sebulan sebelum berhenti seketika di penghujung setahun dengan senyum dan rasa hepi. InsyaAllah.

Jumaat, Disember 10, 2010

cover 394 # isu 15 Disember 2010

Ahaa... sebagai penutup tahun 2010 cover kali ini bertemakan acara yang telah menjadi tradisi setiap kali cuti sekolah. Pengisian cuti sekolah yang amat bermakna kepada para pencuti sekolah terutamanya lelaki untuk melangkah ke alam lelaki sejati. Heh! Bersunat yang bukan hukumnya sunat tapi jatuh wajib kepada seorang lelaki sebagai pelengkap kejantanan seorang teruna. Okey la, tak nak cerita pasal sunat ni sebab aku tau kau semua lelaki sejati. Tak rugi si dara memilih kau. Hehe... hargai la diorang wahai lelaki sebab tanpa si dia tak guna kelakian kau.

Sebagai penutup tahun semua bercerita pasal bonus. Aku dan krew di sini dah pun bagi bonus kat korang di isu lepas iaitu bumper cuti sekolah. Harap-harap melimpah la rasa hepi korang walau terpaksa berbelanja lebih sikit. Apa la sangat nilai harga senaskah majalah jika diukur dengan rasa hepi. Aku dan krew kat sini sentiasa ternanti-nanti satu perkhabaran hepi yang dah lama tak kedengaran iaitu tentang bonus. Bertahun lamanya tak merasa... memang kecewa tapi aku dan kengkawan akan tetap bertekad meneruskan untuk menghepikan korang dan diri sendiri. Ahak!

Apa yang boleh diharap hanya la bonus yang tak terlihat dek mata, tak terbau dek hidung, tak terdengar dek telinga, tak terasa dek lidah atau tak tertanggung dek beratnya... bonus yang dilimpahkan oleh Yang Maha Segalanya. Mensyukuri bonus sihat, bonus ibadah, bonus ilham, bonus kelakar dan segala macam nikmat bonus-bonus dariNYA. Apatah lagi bonus penghargaan dariNYA melalui korang yang menjadi pembaca dan peminat setia majalah ini. Alhamdulillah. Semoga bonus-bonus ini tidak dilupakan dan akan terus menguatkan semangat aku dan krew lain memanjatkan kesyukuran kepadaNYA untuk meneruskan perjuangan yang belum pasti titik noktahnya. Akan aku pastikan keyboard terus berketik, mouse akan terus diklik, monitor terus terpancar, kertas terus terbentang, mata pensil terus diraut, pen terus melakar, warna terus bergaul, berus terus menyapu dan ilham tetap akan diperah selagi keringat idea terbit meleleh di dahi. InsyaAllah...

Rabu, Disember 01, 2010

Aku dan waspada...

WASPADA... satu perkataan yang menyeru untuk berhati-hati dan tatkala mendengarnya pasti akan mempengaruhi minda agar menjaga tindakan. Berfikir sebelum buat, lakukan dengan cermat dan mensyukuri nikmat. Bukan aku nak nasihatkan kau supaya berhati-hati tetapi sememangnya kau dan aku wajib sentiasa berwaspada setiap ketika walau di mana saja.

Apa yang aku fikirkan adalah kewujudan perkataan WASPADA itu terdiri dari perkataan-perkataan lain yang ada kaitan dan digabungkan. Sama ada memang tercipta sejak azali yakni dari mula wujud bahasa Melayu atau secara kebetulan atau dikemasguna dari perkataan-perkataan yang seerti dengannya... aku tak tahu dan tak pernah diberitahu kecuali kalau kau yang tahu maka silalah beritahu. Sesedar aku, sejak aku mengenal sebutan dan perkataan telah ada penggunaan perkataan ini. Terlintas di minda tentang perkataan AWAS, WAS-WAS dan BERPADA-PADA yang mempunyai sifat hampir sama dengan perkataan WASPADA.

Awas satu seruan agar berhati-hati dan hati akan menjadi was-was supaya cermat melakukan sesuatu. Perasaan was-was pada tindakan pun harus berpada-pada. Berpada-pada pada pertimbangan akal pasti hasilnya lebih baik daripada yang tiada sebarang dorongan mengawasi tindakan apabila melakukannya dengan sembarangan. Tindakan tanpa WASPADA boleh membawa padah.

Bukan aku nak mencetuskan kekeliruan atau membahaskannya apatah lagi berdebat tentang perkataan ini. Aku cuma terfikir kerana ilham ini datang melintas secara sembrono ketika aku memerah idea tentang yang lain. Aku rasa ada kebenaran tentang perkaitan perkataan-perkataan itu dan ianya bersatu menjadi satu agar membawa maksud yang jitu. Tak gitu?

Kesimpulannya pada aku... berWASPADA perlu ada rasa awas dan was-was serta perlu berpada-pada dengan perasaan yang diseru oleh perkataan ini supaya kehidupan sentiasa lebih berhati-hati. Andai waspada sentiasa ada dalam hidup pastinya akan mengurangkan risiko atau mudah menyelesaikan masalah lalu melancarkan perjalanan sebuah kehidupan.

cover393 # isu 1 Disember 2001

Salam sejahtera murid-murid, mak bapak murid dan murid-murid tua. Rancang tidak, tanpa khabar dan berita... tetiba je bos suruh buat bumper spesel sempena cuti sekolah. Nak tak nak kena jugak nak... siapkan mengikut jadual yang sudah terplan sejak awal tahun lagi. Air peluh dahi meleleh menuruni kat kelopak mata bercantum dan larut bersama air mata menyusur pipi sebelum tervakum ke dalam lubang hidung. Setelah bergelodak sebati lalu menjenguk keluar perlahan merayap di tebing bibir yang sesekali bergetar untuk bergaul ngan liur sebelum menitis atas keyboard. Pergh... sadis betul nak menyiapkan tugasan ni.

Walau bagaimanapun aku bersyukur diberi dugaan ini dan berjaya melaksanakannya bersama krew yang lain bertungkus lumus dan berbungkus kat opis yang secara automatik menjadi 'Opisku, rumahku'. Sekarang masa untuk korang melayannya pulak. Semoga korang bahagia dan hepi di musim cuti. Kitorang berkarya tanpa henti, akan terus bekerja walau tanpa gerenti, setia sentiasa tersemat di hati selagi tak diberhenti, di luar waktu opis atau hari cuti, ilham datang dan pergi bersilih ganti untuk diterjemahkan atas kertas atau monitor yang setia menanti, menjadi teman korang di kala sepi, yang penting... korang dan kitorang sesama rasa hepi. Yeah!

Isnin, November 15, 2010

cover392 # isu 15 November 2010

Seperti kebiasaan aku terlewat lagi memaparkan cover setiap keluaran dan di setiap kali untuk bertemu korang di sini, aku kena memohon kemaafan. Lumrah orang terlewat dan juga lumrah kerja aku yang sentiasa di kelilingi suasana sibuk. Apa tah lagi isu seterusnya nanti (tengah bertungkus lumus sekarang menyiapkannya) kena buat isu spesel sempena cuti sekolah... Bumper Cuti Sekolah. InsyaAllah esok kena siapkan dan hantar untuk langkah seterusnya membuat plate sebelum dicetak dan diterbitkan sebelum masuk bulan Disember. Coretan akan datang aku bicara pasal isu BCS ek.

Di keluaran ini beraksikan adegan orang tua kutuk sorang tu sedang mengecohkan suasana untuk bersantap hingga menyentap selera orang. Aksi yang tak terjangkau dek akal orang normal melakukannya tapi berkemungkinan berlaku di luar pengetahuan korang. Pengajaran kat sini korang fikir dan bayangkan la sendiri untuk ke arah kebaikan. Sukar untuk perjelaskan mengikut kefahaman sendiri kerana ianya memang paparan untuk difikirkan semua orang secara sendiri-sendiri bersendirian menurut kefahaman sendiri. Eh, berapa banyak sendiri daa... ahh, korang layan la sendiri. Hehehe...

Isnin, November 01, 2010

cover 391 # isu 01 November 2010

Makin menuju ke penghujung tahun... bermakna makin dekat dengan cuti sekolah dan makin berdebar pada yang bakal menempuh hari-hari istimewa. Hari peperiksaan, hari kahwin, hari nak dapat anak, hari meninggalkan zaman sekolah, kolej, universiti atau apa je yang memberi kesan dalam kehidupan. Tak kisah apa yang ditinggalkan, yang penting ialah apa yang nak dihadapi dan bakal menjadikan kehidupan akan datang lebih bermakna.

Bagi kitorang pasti akan meninggalkan isu demi isu untuk korang dan kini isu terkini menjelang lagi dengan aksi sepasang kapel memadu kasih. Pasti saat ini pernah, sedang atau bakal berlaku pada korang. Selamat berkapel dan selamatkan masa berkapel... setia pada yang ada selagi dia berada di dalam hati. Begitu juga kitorang sentiasa mengharapkan kesetiaan korang untuk bersama kitorang walaupun bukan semua yang korang impikan dapat kitorang penuhi. Harapan tetap sama iaitu memberi sesuatu yang terbaik sebagai balasan sebuah kesetiaan.

Dengan kesetiaan lahir sebuah ikatan murni dan tenang... saling percaya, saling hepi bergurau senda dengan gelak tawa tanpa curiga. Moga korang sentiasa diulit hepi... hehe.

Isnin, Oktober 18, 2010

cover 390 # 15 Oktober 2010

Cover yang dipenuhi dengan watak-watak dalam Majalah UJANG. Walaupun bukan semua watak terpapar kat muka depannya tapi inilah diantara watak-watak yang menghidupkan dan memeriahkan Majalah UJANG dan secara tak langsung 'menghidupkan' dan menensenkan kepala hotak krew studio Majalah UJANG. Fuhhh... sentiasa memikir dan memerah otak untuk dilakar di atas kertas menjadi kelakar sebagai tatapan minda pembaca.

Terima kasih dari kitorang untuk korang yang sentiasa setia membeli dan membelek majalah ini. Semoga korang terus melayan dan kitorang dapat terus melakar garis-garis seni kartun selama mungkin. Kemungkinan yang tidak berhujung kerana tidak ada istilah persaraan dalam berkarya kepada seorang pengkarya. Tidak kiralah siapa dalam kategori apa sekalipun... asalkan seseorang itu berfikir menghasilkan sesuatu untuk khalayak maka itulah pengkarya.

Selagi belum tutup mata... kerja, kerja, kerja. Kitorang akan terus bekerja selagi ada kerja yang nak dikerjakan sebelum kena kerja. Hah, okeylah... nak sambung kerja.

Isnin, Oktober 04, 2010

cover 389 # isu 1 Oktober 2010

Terlambat sikit nak mempromosinya kerana dek sibuk semula mengejar deadline terlanjur disamping suasana raya masih belum habis. Cover kali ini Pak Cik Din rasa terpanggil untuk sesama berkempen tentang keburukan, ketidaksopanan serta keterlanjuran remaja sekarang membuang bayi. Tanpa rasa malu, segan serta rasa bersalah diorang membuang bayi dan lebih mengharukan lagi tindakan diorang tu boleh mengakibatkan kematian bayi yang tidak bernasib baik dalam keadaan menyayatkan hati.

Simpangkan serta jauhkan malapetaka itu dari keluarga dan di kalangan masyarakat kita. Sebagai masyarakat penyayang dan beragama sudah pasti perkara tak senonoh ini tak akan berlaku. Diharap dengan keperihatinan PCD serta krew yang terluah di muka depan majalah ini akan memberi sedikit peringatan serta secebis kebaikan untuk direnung oleh bakal-bakal pembuang bayi.

Tak dinafikan semua pasangan sama ada yang sah atau tidak sah sayangkan bayi comel... tapi dek keterlanjuran laku maka itulah jalan bagi menghilangkan bukti. Oleh yang demikian sebelum melakukan perkara-perkara sumbang yang menyumbang ke arah membuang bayi, berfikirlah dulu dan rujuklah tingkah diri pada pegangan agama sebelum iman tumbang. Elakkan berdua-duaan kerana telah diingatkan bahawa bakal wujud kehadiran orang ketiga. Dari sudut agama orang ketiga tu adalah setan laknat yang bakal membisik serta menghasut keduanya melakukan maksiat... jauhkan! Di sudut moral sosialnya kerana berdua-duaan untuk menjadi satu bakal melahirkan orang ketiga dalam hidup diorang berdua. Bagi yang sah ikatan dek pernikahan sudah pasti kelahiran itu sebagai bukti cinta suci tapi bagi pasangan takde pengesahan status maka kehadiran orang ketiga dianggap bukti maksiat tanda celaka.

Serius dalam kelakar atau lawak dalam serius adalah wadah sinis kitorang menyampaikan sesuatu. Ada akal fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hidung bau, ada hati berhati-hati, ada nafsu... gunakanlah akal untuk berfikir.

Selamat Sudah Hari Raya...

Kini tiba lagi di penghujung bulan raya di Syawal indah ini. Bahang raya masih terasa terutama di hari cuti Sabtu dan Ahad... minggu depan adalah hujung minggu terakhir di bulan Syawal. Aku percaya masih akan ada lagi rumah terbuka dan silap hari bulan terlajak masuk ke bulan Zulkaedah. Tak kesah la asalkan keraian itu untuk mengeratkan silaturrahim sesama teman, kawan, rakan, sahabat dan juga keluarga.

Aku belum pernah lagi buat rumah terbuka yang terbuka untuk semua orang... cuma terbuka untuk keluarga sendiri aje. Hakikatnya rumah aku sentiasa terbuka untuk dibuka pintunya sepanjang tahun selagi rumah aku diketuk orang... siapa saja dialu-alukan datang. Bukan tak berkeinginan membuatnya cuma aku tak ghairah untuk membuka sebuka-bukanya rumah aku. Bukannya aku menolak rezeki tapi hati aku masih tak begitu teruja untuk meraikan Hari Raya sebegitu. Aku rasa kedatangan tetamu beramai-ramai sudah pasti akan mengurangkan tumpuan melayan dan beramah mesra dengan diorang. Berkemungkinan besar tetamu yang mengharapkan untuk bersembang lama juga akan terencat kerana kesibukan tuan rumah melayan tetamu lain. Bukan aku menafikan kebaikan rumah terbuka cuma buat masa ini belum terangsang melaksanakannya.

Minggu lepas di rumah seorang sahabat sekelas bertemulah aku dengan rakan-rakan lain yang pernah sekelas dan sesekolah. Walaupun tak seramai yang diharapkan tapi kehadiran diorang membuat aku seronok berhari raya dan terimbau kenangan 30-20 tahun dulu. Berbeza dan berlainan... tumbesaran yang cukup ketara pada setiapnya termasuk aku di mata diorang terutama rupabentuk dan penampilan. Syukur alhamdulillah memasing masih sihat walafiat. Pada teman yang tak berkesempatan aku penuhi undangan ke rumah terbukanya, diri aku dan mewakili teman-teman lain mohon berbillion-billion maaf zahir dan batin. Mungkin bukan jodoh pertemuan aku dan kau untuk tahun ini... insyaAllah di tahun berikutnya.

Di akhir papan kekunci ini, aku sudah pasti merindui serta mengharapkan ketibaan Syawal nan indah dan menemui kembali teman-teman yang lama tak berkesempatan bertemu dek kesibukan rutin peribadi memasing. Yang penting semoga kau dan aku menempuh dahulu bulan sebelumnya yakni Ramadan dengan penuh ketaqwaan dan merasa perubahan di bulan-bulan seterusnya untuk menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah.

Isnin, September 20, 2010

cover 388 # isu 15 September 2010

Siap dan di pasaran tanpa disedari setelah bertungkus lumus sebelum raya. Bila start kerja setelah bercuti raya macam tak caya teradvance kerja. Walaupun gitu kerja tetap kena teruskan dengan penuh tensen sebab saki baki raya masih terasa... rasa malas la tu.

Dengan tema fantasi maka terimaginasi dalam kepala hotak aku... alangkah bestnya kalau dapat bekerja di rumah, sesekali je ke opis untuk urusan tertentu. Bebas... bebas mengerjakan segala kerja walau terikat erat dan tersimpul kemas dengan deadline. Aku rasa banyak kelebihan dan kurang kekurangannya. Eh, ye ke? Pengangkutan takde, guna sesekali je berbanding hari-hari ke opis. Tol tak kena, tak tensen menempuh jalan sesak, tak perlu bayar tiket parking dan jimat duit minyak petrol yang semakin mahal. Belanja makan pun dapat dikurangkan. Kurangnya, aku mungkin kekurangan suasana opis... kurang dengan gurau senda, lawak jenaka teteman opis yang sentiasa menghiburkan tapi kalau ramai yang berimaginasi macam aku pasti tak terasa sangat. Tumpuan pada kerja juga mungkin menjadi masalah utama kalau aku tak mampu mengurangkan ghairah terhadap TV dan katil... tapi masa kerja aku fleksibel selagi tak langgar deadline. Perghhh... terasa ingin sangat nak bekerja kat rumah.

Ahh... tak kisah la kerja kat mana pun, asalkan kerja siap dan korang layan majalah ni walau di mana maka aku akan terus ada kerja yang nak dikerjakan sebelum aku kena dikerjakan. Hehehe...

Aku hanya...

Selamat... selamat sudah raya tahun ni. Selamat dalam erti kata selamat menempuh atau melaluinya dengan serba sederhana. Puasa dan raya ditinggalkan bermakna selamat sudah fasa berbelanja dan bermula semula mencari serta mengumpul harta untuk dibelanjakan lagi bila genap haul tahun depan. Berulanglah perjalanan hidup yang penuh harapan agar sentiasa berada di landasan jalan lurus tanpa banyak selekoh atau simpang... dan berhenti di stesen-stesen atau R&R seterusnya. Berehat dan berbelanja kononnya berehat menghilangkan lelah dan kemudian meneruskan semula perjalanan. Bergerak selagi mampu sehingga menemui jalan 'pulang' dan kembali kepadaNYA.

Selama bergerak dan berjalan terlalu banyak pengalaman yang dijunjung, dikendung, disimpan, diteladan, tercicir mahupun terhilang... semua bekalan sebelum menemui jalan 'pulang'. Sama ada dikongsi bersama teman-teman seperjalanan atau kegunaan persendirian. Dimanfaatkan atau diabaikan... semuanya adalah kisah bakal dibicarakan.

Aku akan terus berjalan dan sentiasa menemui kau di mana jua. Walau siapa pun kau, aku tetap akan menghargai kehadiran kau yang menjadikan pengalaman aku terisi. Terima kasih kerana kau sudi menerima dan memberi pengalaman untuk aku. Aku hanya berkeupayaan dengan izinNYA.

Semuga aku dan kau sentiasa bersyukur dengan apa yang dapat dan bersabar dengan apa yang diterima.

Isnin, Ogos 30, 2010

cover 387 # isu 1 Sept 2010 Bumper Raya

Setahun terasa singkat apatah lagi sebulan berpuasa. Kedua-duanya pasti menjelma lagi selagi dengan izinNya Yang Maha Kuasa. Kini tiba lagi kemunculan BUMPER RAYA yang telah menjadi kelaziman (bukan kezalimanan - itu keadaan kitorang tempuh) saban tahun. Menggembirakan orang bukan perkara mudah dan belum tentu watak itu sentiasa bergembira... asalkan orang lain gembira maka secara tak langsung jauh di sudut hati terusik juga rasa gembira. Alhamdulillah... apatah lagi ketibaan isu Bumper Puasa dan Raya kali ini mengiringi Hari Merdeka. Jom, merdekakan segala duka lara dek kenangan pahit dulukala, masalah yang tensen sedang melanda atau dugaan getir yang menanti di depan kehidupan korang dengan melayan Bumper Raya. Merdeka! Raya... merdeka!! Raya!!! Hahahaaa....

Rabu, Ogos 11, 2010

Cover 386 Bumper Puasa # isu 15 Ogos 2010

Tiba lagi bulan berkat moga semua dapat berkat. Kali ini isu 386 Bumper Puasa lakaran kartunis Sukun, dikaler dek Manggis dan dibereskan oleh aku tanpa ruang masa serta masa riang. Bukan sebab berpuasa tapi masa sempit dan kerja kena rempit... kalau tak, ketiak korang tak dapat kepit.

Tak kisah la korang kepit ke, pegang ke, jinjing ke, junjung ke, gi Jinjang ke atau ke jenjang pelamin pun aku tak kesah... yang penting korang hepi dan layan demi kepentingan peribadi dan kesihatan korang. Orang lain yang tak sempat beli itu dia punya hal, apa-apa hal pun diri sendiri mesti hepi. Hahahaaa... hepi, hepiiii... hahaha!

Khamis, Julai 29, 2010

cover385 Bumper Merdeka # isu 1 Ogos 2010


Hasil karya kartunis Manggis menggambarkan makhluk bukan orang yang bermastautin di bumi tercinta Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun. Semua warga Malaysia menyambut kedatangan tarikh keramat yang menandakan kebebasan. Erti kebebasan yang bagaimana itu adalah hak individu metafsirnya. Generasi sebelum dan memperjuangkan kemerdekaan sebelum 1957 dengan generasi semasa dan selepas merdeka tak banyak beza meraikan serta menghargai nikmat kebebasan. Setelah setengah abad berlalu dan semakin meninggalkan generasi terdahulu... sinambungannya adalah generasi milenium yang hanya pernah mendengar atau melihat, maka penilaian tentang perjuangan kemerdekaan juga semakin berbeza. Meraikan dengan menghayati adalah dua situasi yang berbeza... justeru itu walau apa cara sekali korang mentafsirkannya terpulang pada diri masing-masing.
Kitorang di sini akan terus menghidupkan serta meraikan dengan cara kitorang menggambarkan kisah silam, semasa atau akan datang untuk dihayati... moga tak hilang semangat keMALAYSIAan dalam diri setiap pembaca . MERDEKA!

Rabu, Julai 28, 2010

Aku Mencuba...

Buat pertama kali aku cuba berniaga sambilan di online. Dah lama aku mereka, mencipta, membentuk hasil grafik untuk dikomersilkan. Pernah menghasilkan satu typographic untuk dijadikan satu seumpama jenama tapi masih lagi terkantoi... akan aku usaha juga di suatu hari nanti. Untuk yang pertama ini dan sedang bergerak di facebook dan emel, aku hasilkannya sempena Kemerdekaan pada Ogos ini. Harapan memang la tinggi, walaupun hanya satu peratus rakyat Malaysia memiliki dan memakai sebagai rakyat berjiwa penyayang pun dah cukup. Pergh, alangkah bahagianya. Bayangan indah tak semestinya menjadi realiti tapi realitinya itu boleh diperindahkan. Di sini aku pertontonkan visual barangan berupa tshirt... andai terpikat dan berkeinginan memilikinya sila buat tempahan di waktu yang terhad ini.


Klik visual untuk lebih jelas.

Design sempoi... susah nak jumpa tapi senang nak dapat.
Tawaran hingga 3 Ogos 2010.
Harga cuma RM40 + belanja pos RM10 = RM50 Saiz S, M, L, XL, XXL

1. Kepada yang berminat dan terkasima menjadi rakyat penyayang dan disayangi sila buat pesanan dan pembayaran secukup rasa di Maybank - akaun no. 564025307585 (Angrygoatz Enterprise).
2. Emailkan bukti kukuh pembayaran yang telah dibuat ke orderteeshirt@gmail.com bersama spesifikasi pesanan yakni saiz, jumlah dan alamat penuh serta jelas untuk urusan penghantaran.
3. Pesanan akan ditunaikan dan dipindahmilik selepas 3 minggu dari tarikh tutup.

Sokongan padu dan padat korang amat kitorang hargai dengan lafaz jutaan terima kasih kain bersegi, design lain nanti pesan la lagi. Hehe...

Sebagai menghargai tanah air tercinta di sinilah aku menzahirkannya dan kau juga mampu menyatakannya dengan memilikinya.

Khamis, Julai 08, 2010

aku ngan alpa...

Alamak! Aku terlupa... alpa nak promote cover isu 383. Cover oleh kartunis Pjoe tercicir, salah sorang kartunis freelance yang baru tapi berbakat besar sebesar Gunung Kinabalu. Harap-harap harapan beliau lebih tinggi dari gunung kemegahan Malaysia tu. Kat sini aku siarkan jugak visual cover keluaran 15 Julai 2010 sebagai memenuhi rutin blog aku ni.

Takde idea melalut terbit kali ni sebab di masa ni sekarang aku tengah bergelumang dengan Bumper Merdeka... kendian menanti pulak Bumper puasa, pastu Bumper Raya. Naik benjol kepala hotak aku melayan kerja... kena pulak time ni la komputer nak nguji kesabaran aku, printer pun ikut sama provok ketabahan jiwa demi melangsaikan tugasan. Misi kena selesaikan, kalau tak soru miss... visi wajib diteruskan sebelum hidangan jadi basi.

Okey laa... jumpa lagi esok lusa, aku nak tayangkan cover terbaru pulak yang diilustrasikan kartunis baru jugak. Orang lama kena direhatkan sebagai simpanan utama... cam squad bola sepak la pulak. Hehee...

Jumaat, Jun 11, 2010

cover 382 # isu 15 Jun 2010

Hehe... cover isu ni pun pasal bola sepak Piala Dunia. Kali ni kartunis Lepat pulak dipertanggungjawabkan merealisasikan ilustrasi cover. Karikatur pemain bola pujaan sirap menjadi hiasannya dan aku seperti biasa akan menyusun semula untuk dipersembahkan pada korang. Digabungkan dengan permainan rakyat dulukala yang dah lama dilupakan serta sudah tidak dikenali oleh generasi sekarang iaitu Teng-teng.

Permainan teng-teng yang sempoi tapi perlukan tumpuan dan kebijaksanaan bermain. Apa taknya... kalau nak baling buah mesti hati-hati dengan tumpuan penuh agar tidak terkeluar dari garisan dan dikira mati maka hilang giliran. Ketika giliran mesti bijak mengimbang badan melompat dari satu petak ke satu petak menggunakan satu kaki, seterusnya ketika mengutip buah terpaksa tunduk membongkok dengan imbangan yang betul agar tidak jatuh dan dikira mati. Jika berjaya sampai semula ke garisan mula akan berpeluang untuk membina rumah yakni salah satu petak menjadi hak dan tidak boleh diceroboh. Pesaing terpaksa melangkahnya untuk meneruskan perjalanan. Untuk mendapatkan rumah tu pulak mesti membaling buah dengan membelakangkan petak permainan... andai telah ada rumah tapi buah balingan itu jatuh di rumah sendiri dikira terbakar maka petak itu kembali kosong untuk direbut pemain.

Fuh! Penat aku nak merecall balik kenangan zaman kanak-kanak dulu. Dah citer pasal teng-teng pulak... pada hal demam bola. Sekurang-kurangnya korang yang tak pernah main teng-teng boleh jugak tahu serba sikit dan pada yang pernah main tu... kenang-kenanglah mainan warisan kita. Okey laa... sambil tunggu siaran bola tu boleh la korang layan majalah isu terbaru ni. Kalau dah abis baca, korang layan la main teng-teng. Main sengsorang pun boleh apa...

Isnin, Mei 24, 2010

cover 281 # isu 1 Jun 2010

Kembali lagi... putaran untuk sebuah lagi keluaran untuk tatapan peminat dan pembaca setia. Dikatakan bahawasanya ini adalah cover sentuhan terakhir kartunis Nik sebelum persaraan beliau dalam dunia kartun. Harapan aku hanya inginkan di suatu hari nanti kartunis Nik bakal menarik balik perisytiharannya bersara melarik garis lelucunnya walau hanya sebagai penyumbang dari luar pejabat. Harap beliau terus melukis dan berkarya walau berstatus freelancer. Sekurang-kurangnya masih ada extra income untuk dia sambil merembeskan isi kepala... kira macam lepaskan tensen la la bro. InsyaAllah.

Demam bola sepak Piala Dunia dah memang jadi tema oleh kebanyakan media pada bulan Jun ini. Maka ramai la pembaca dan penonton bakal demam dan seterusnya cuti sakit bila asyik melayan bola hingga ke pagi. Seeloknya kalau dah demam tu layan la jugak majalah ni semoga cepat kebah. Sekurang-kurangnya sebelum menanti wisel sepak mula korang layan la dulu majalah ni untuk hilangkan rasa ngantuk. Hehehe... selamat berbola.