Selamat... selamat sudah raya tahun ni. Selamat dalam erti kata selamat menempuh atau melaluinya dengan serba sederhana. Puasa dan raya ditinggalkan bermakna selamat sudah fasa berbelanja dan bermula semula mencari serta mengumpul harta untuk dibelanjakan lagi bila genap haul tahun depan. Berulanglah perjalanan hidup yang penuh harapan agar sentiasa berada di landasan jalan lurus tanpa banyak selekoh atau simpang... dan berhenti di stesen-stesen atau R&R seterusnya. Berehat dan berbelanja kononnya berehat menghilangkan lelah dan kemudian meneruskan semula perjalanan. Bergerak selagi mampu sehingga menemui jalan 'pulang' dan kembali kepadaNYA.
Selama bergerak dan berjalan terlalu banyak pengalaman yang dijunjung, dikendung, disimpan, diteladan, tercicir mahupun terhilang... semua bekalan sebelum menemui jalan 'pulang'. Sama ada dikongsi bersama teman-teman seperjalanan atau kegunaan persendirian. Dimanfaatkan atau diabaikan... semuanya adalah kisah bakal dibicarakan.
Aku akan terus berjalan dan sentiasa menemui kau di mana jua. Walau siapa pun kau, aku tetap akan menghargai kehadiran kau yang menjadikan pengalaman aku terisi. Terima kasih kerana kau sudi menerima dan memberi pengalaman untuk aku. Aku hanya berkeupayaan dengan izinNYA.
Semuga aku dan kau sentiasa bersyukur dengan apa yang dapat dan bersabar dengan apa yang diterima.
Isnin, September 20, 2010
Isnin, Ogos 30, 2010
cover 387 # isu 1 Sept 2010 Bumper Raya
Setahun terasa singkat apatah lagi sebulan berpuasa. Kedua-duanya pasti menjelma lagi selagi dengan izinNya Yang Maha Kuasa. Kini tiba lagi kemunculan BUMPER RAYA yang telah menjadi kelaziman (bukan kezalimanan - itu keadaan kitorang tempuh) saban tahun. Menggembirakan orang bukan perkara mudah dan belum tentu watak itu sentiasa bergembira... asalkan orang lain gembira maka secara tak langsung jauh di sudut hati terusik juga rasa gembira. Alhamdulillah... apatah lagi ketibaan isu Bumper Puasa dan Raya kali ini mengiringi Hari Merdeka. Jom, merdekakan segala duka lara dek kenangan pahit dulukala, masalah yang tensen sedang melanda atau dugaan getir yang menanti di depan kehidupan korang dengan melayan Bumper Raya. Merdeka! Raya... merdeka!! Raya!!! Hahahaaa....
Rabu, Ogos 11, 2010
Cover 386 Bumper Puasa # isu 15 Ogos 2010
Tiba lagi bulan berkat moga semua dapat berkat. Kali ini isu 386 Bumper Puasa lakaran kartunis Sukun, dikaler dek Manggis dan dibereskan oleh aku tanpa ruang masa serta masa riang. Bukan sebab berpuasa tapi masa sempit dan kerja kena rempit... kalau tak, ketiak korang tak dapat kepit.Tak kisah la korang kepit ke, pegang ke, jinjing ke, junjung ke, gi Jinjang ke atau ke jenjang pelamin pun aku tak kesah... yang penting korang hepi dan layan demi kepentingan peribadi dan kesihatan korang. Orang lain yang tak sempat beli itu dia punya hal, apa-apa hal pun diri sendiri mesti hepi. Hahahaaa... hepi, hepiiii... hahaha!
Khamis, Julai 29, 2010
cover385 Bumper Merdeka # isu 1 Ogos 2010

Hasil karya kartunis Manggis menggambarkan makhluk bukan orang yang bermastautin di bumi tercinta Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun. Semua warga Malaysia menyambut kedatangan tarikh keramat yang menandakan kebebasan. Erti kebebasan yang bagaimana itu adalah hak individu metafsirnya. Generasi sebelum dan memperjuangkan kemerdekaan sebelum 1957 dengan generasi semasa dan selepas merdeka tak banyak beza meraikan serta menghargai nikmat kebebasan. Setelah setengah abad berlalu dan semakin meninggalkan generasi terdahulu... sinambungannya adalah generasi milenium yang hanya pernah mendengar atau melihat, maka penilaian tentang perjuangan kemerdekaan juga semakin berbeza. Meraikan dengan menghayati adalah dua situasi yang berbeza... justeru itu walau apa cara sekali korang mentafsirkannya terpulang pada diri masing-masing. Kitorang di sini akan terus menghidupkan serta meraikan dengan cara kitorang menggambarkan kisah silam, semasa atau akan datang untuk dihayati... moga tak hilang semangat keMALAYSIAan dalam diri setiap pembaca . MERDEKA!
Rabu, Julai 28, 2010
Aku Mencuba...
Buat pertama kali aku cuba berniaga sambilan di online. Dah lama aku mereka, mencipta, membentuk hasil grafik untuk dikomersilkan. Pernah menghasilkan satu typographic untuk dijadikan satu seumpama jenama tapi masih lagi terkantoi... akan aku usaha juga di suatu hari nanti. Untuk yang pertama ini dan sedang bergerak di facebook dan emel, aku hasilkannya sempena Kemerdekaan pada Ogos ini. Harapan memang la tinggi, walaupun hanya satu peratus rakyat Malaysia memiliki dan memakai sebagai rakyat berjiwa penyayang pun dah cukup. Pergh, alangkah bahagianya. Bayangan indah tak semestinya menjadi realiti tapi realitinya itu boleh diperindahkan. Di sini aku pertontonkan visual barangan berupa tshirt... andai terpikat dan berkeinginan memilikinya sila buat tempahan di waktu yang terhad ini.

Klik visual untuk lebih jelas.
Design sempoi... susah nak jumpa tapi senang nak dapat.
Tawaran hingga 3 Ogos 2010.
Harga cuma RM40 + belanja pos RM10 = RM50 Saiz S, M, L, XL, XXL
1. Kepada yang berminat dan terkasima menjadi rakyat penyayang dan disayangi sila buat pesanan dan pembayaran secukup rasa di Maybank - akaun no. 564025307585 (Angrygoatz Enterprise).
2. Emailkan bukti kukuh pembayaran yang telah dibuat ke orderteeshirt@gmail.com bersama spesifikasi pesanan yakni saiz, jumlah dan alamat penuh serta jelas untuk urusan penghantaran.
3. Pesanan akan ditunaikan dan dipindahmilik selepas 3 minggu dari tarikh tutup.
Sokongan padu dan padat korang amat kitorang hargai dengan lafaz jutaan terima kasih kain bersegi, design lain nanti pesan la lagi. Hehe...
Sebagai menghargai tanah air tercinta di sinilah aku menzahirkannya dan kau juga mampu menyatakannya dengan memilikinya.

Khamis, Julai 08, 2010
aku ngan alpa...
Alamak! Aku terlupa... alpa nak promote cover isu 383. Cover oleh kartunis Pjoe tercicir, salah sorang kartunis freelance yang baru tapi berbakat besar sebesar Gunung Kinabalu. Harap-harap harapan beliau lebih tinggi dari gunung kemegahan Malaysia tu. Kat sini aku siarkan jugak visual cover keluaran 15 Julai 2010 sebagai memenuhi rutin blog aku ni.
Takde idea melalut terbit kali ni sebab di masa ni sekarang aku tengah bergelumang dengan Bumper Merdeka... kendian menanti pulak Bumper puasa, pastu Bumper Raya. Naik benjol kepala hotak aku melayan kerja... kena pulak time ni la komputer nak nguji kesabaran aku, printer pun ikut sama provok ketabahan jiwa demi melangsaikan tugasan. Misi kena selesaikan, kalau tak soru miss... visi wajib diteruskan sebelum hidangan jadi basi.
Okey laa... jumpa lagi esok lusa, aku nak tayangkan cover terbaru pulak yang diilustrasikan kartunis baru jugak. Orang lama kena direhatkan sebagai simpanan utama... cam squad bola sepak la pulak. Hehee...
Takde idea melalut terbit kali ni sebab di masa ni sekarang aku tengah bergelumang dengan Bumper Merdeka... kendian menanti pulak Bumper puasa, pastu Bumper Raya. Naik benjol kepala hotak aku melayan kerja... kena pulak time ni la komputer nak nguji kesabaran aku, printer pun ikut sama provok ketabahan jiwa demi melangsaikan tugasan. Misi kena selesaikan, kalau tak soru miss... visi wajib diteruskan sebelum hidangan jadi basi.Okey laa... jumpa lagi esok lusa, aku nak tayangkan cover terbaru pulak yang diilustrasikan kartunis baru jugak. Orang lama kena direhatkan sebagai simpanan utama... cam squad bola sepak la pulak. Hehee...
Jumaat, Jun 11, 2010
cover 382 # isu 15 Jun 2010
Hehe... cover isu ni pun pasal bola sepak Piala Dunia. Kali ni kartunis Lepat pulak dipertanggungjawabkan merealisasikan ilustrasi cover. Karikatur pemain bola pujaan sirap menjadi hiasannya dan aku seperti biasa akan menyusun semula untuk dipersembahkan pada korang. Digabungkan dengan permainan rakyat dulukala yang dah lama dilupakan serta sudah tidak dikenali oleh generasi sekarang iaitu Teng-teng.Permainan teng-teng yang sempoi tapi perlukan tumpuan dan kebijaksanaan bermain. Apa taknya... kalau nak baling buah mesti hati-hati dengan tumpuan penuh agar tidak terkeluar dari garisan dan dikira mati maka hilang giliran. Ketika giliran mesti bijak mengimbang badan melompat dari satu petak ke satu petak menggunakan satu kaki, seterusnya ketika mengutip buah terpaksa tunduk membongkok dengan imbangan yang betul agar tidak jatuh dan dikira mati. Jika berjaya sampai semula ke garisan mula akan berpeluang untuk membina rumah yakni salah satu petak menjadi hak dan tidak boleh diceroboh. Pesaing terpaksa melangkahnya untuk meneruskan perjalanan. Untuk mendapatkan rumah tu pulak mesti membaling buah dengan membelakangkan petak permainan... andai telah ada rumah tapi buah balingan itu jatuh di rumah sendiri dikira terbakar maka petak itu kembali kosong untuk direbut pemain.
Fuh! Penat aku nak merecall balik kenangan zaman kanak-kanak dulu. Dah citer pasal teng-teng pulak... pada hal demam bola. Sekurang-kurangnya korang yang tak pernah main teng-teng boleh jugak tahu serba sikit dan pada yang pernah main tu... kenang-kenanglah mainan warisan kita. Okey laa... sambil tunggu siaran bola tu boleh la korang layan majalah isu terbaru ni. Kalau dah abis baca, korang layan la main teng-teng. Main sengsorang pun boleh apa...
Isnin, Mei 24, 2010
cover 281 # isu 1 Jun 2010
Kembali lagi... putaran untuk sebuah lagi keluaran untuk tatapan peminat dan pembaca setia. Dikatakan bahawasanya ini adalah cover sentuhan terakhir kartunis Nik sebelum persaraan beliau dalam dunia kartun. Harapan aku hanya inginkan di suatu hari nanti kartunis Nik bakal menarik balik perisytiharannya bersara melarik garis lelucunnya walau hanya sebagai penyumbang dari luar pejabat. Harap beliau terus melukis dan berkarya walau berstatus freelancer. Sekurang-kurangnya masih ada extra income untuk dia sambil merembeskan isi kepala... kira macam lepaskan tensen la la bro. InsyaAllah.Demam bola sepak Piala Dunia dah memang jadi tema oleh kebanyakan media pada bulan Jun ini. Maka ramai la pembaca dan penonton bakal demam dan seterusnya cuti sakit bila asyik melayan bola hingga ke pagi. Seeloknya kalau dah demam tu layan la jugak majalah ni semoga cepat kebah. Sekurang-kurangnya sebelum menanti wisel sepak mula korang layan la dulu majalah ni untuk hilangkan rasa ngantuk. Hehehe... selamat berbola.
Selamat Untuk Aku...
Dua hari lepas adalah hari aku dilahirkan. Bersama famili di malam minggu aku ke rumah mak bapak aku untuk meraikannya tanpa seorang anak gadisku yang berada di hostel. Mak aku tertanya-tanya bila anak bongsuku tetiba bersuara nak makan kek dan nak tiup lilin. Aku tersenyum malu koala bila isteri tercinta menjelaskan kononnya nak potong kek selepas makan malam sambil mak abah meneka hari istimewa siapa hari itu. Kot-kot ada cerita awal kehidupan aku terbit dari mulut secara siaran langsung empunya rahim yang mengandung, menggendung, mendokong, memimpin aku sehingga mampu berdikari dan mempunyai kehidupan sendiri sekarang. Terima kasih sayang mak, ayah dan abang adik aku. Bukan mak bapak aku lupa, cuma tak berapa ingat... maklumlah jarang orang seusiaku nak meraikannya. Selalunya aku bawa hari-hari istimewa cucu mak bapak aku atau mak bapak aku sendiri untuk dirai. Mak aku kini dah 69 dan bapak aku 73 tahun menikmati dunia dalam kesederhanaan. Alhamdulillah...
Harapan aku hanyut dengan cerita lain selepas memasing tersedar hari istimewa aku. Tanpa cerita tawarikh tentang aku tapi hanya cerita-cerita semasa yang tetap menggembirakan kami sekeluarga. Mungkin tak cukup korum untuk sesama mendengar kisah-kisah aku yang mungkin aku sendiri belum tahu atau lupa. Mungkin di suatu hari nanti andai berkesempatan... tika berkumpul dengan adik-beradik yang lain kot. Bulan depan selang sehari dari tarikh hari aku muncul hari istimewa isteri tercinta pula. Mungkin aku boleh kumpulkan adik beradik dan mak bapak kat rumah aku untuk sesama meraikannya. InsyaAllah...
Bukan aku nak mengembangkan lubang hidung untuk sebuah kehidupan ini dengan mencatat monolog ini. Hanya semata-mata untuk renungan dan menginsafkan diri sendiri dalam melalui hidup yang semakin bergerak pantas. Anak-anak cepat membesar, perbelanjaan juga mengembang dan bertambah, amal ibadat aku sendiri kabur untuk mengukur dan menilainya, kerjaya pula... entahlah.
Selagi ada hayat... aku kena terus menghayati hidup ini dengan penuh iltizam dan kesyukuran atas nikmat yang telah Tuhan berikan.

Khamis, Mei 06, 2010
cover 380 # isu 15 Mei 2010
Masa berlalu pantas... hari berganti minggu kini muncul pula isu terbaru. Isu yang bakal menggantikan isu sebelumnya yang covernya adalah terlalu istimewa pada diri aku. Istimewa yang spesel sebab aku yang melakar aku dan isteri tercintaku. Artwork yang sekian lama terpendam sebagai hak peribadi tetapi dipaksa dek Ketua Editor untuk dijadikan cover kerana konsep baru Majalah Ujang... aku mengalah sebab kebetulan bulan Mei adalah bulan kelahiran aku di alam fana ini. Aku mengharapkan tuah semuga rezeki aku sentiasa tidak putus dan bertambah... insyaAllah. Ishhh... terlayan perasaan yang perasan pulak.Okey laa... cover kali ni oleh Jakalll yang seperti biasa dengan stailnya yang tersendiri ala-ala manga. Gambaran Pak Cik Din nan perkasa kononnya. Lantak la orang tua tu perkasa ke hape... yang penting kitorang kat sini mesti selalu memperkasakan majalah setiap masa agar korang kat sana tak terkecewa. Sokongan korang selama ini jugak amat kitorang hargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih. Terima la kasih kitorang, heheh!
Isnin, Mei 03, 2010
pencil sketch potret...
Nak mulakannya terasa jejari bengkokku kaku tapi atas permintaan yang mendesak maka aku terima dengan perasaan cuak. Ku pegang kalimah 'IMpossible' untuk melaksanakannya... ya, aku boleh! Dah lama tak pegang pensel untuk melarik dan melakar gegaris membentuk raut wajah seseorang menjadi potret. Bertahun-tahun aku tinggalkan hobi melukis di atas kertas. Sejak mengetik papan kekunci serta tetikus untuk menyempurnakan tugasan harian yang sentiasa menghadkan masa santai aku atau menghasil lukisan digital tika waktu terluang di celahan kerja, aku tak pernah menerima tempahan untuk penghasilan secara tradisional. Sememangnya yang tradisional mempunyai nilai seni yang tersendiri.
Aku memulakan
di hari terakhir
dateline tugasan.
Melakar kasar
raut wajah
sebelum tiba
waktu terluang
di hari-hari
mendatang.
Tapi kerana
leka, syok,
ralit atau
khusyuk
aku teruskan
hingga ke lewat
malam.
Setelah tiga
hari tersadai,
aku sambung
selepas
jam 6
untuk
mengisi tone.

Lakaran selalu
terhenti
kerana kepadatan
masa bekerja yang
jarang tamat pada
jam 6 petang...
berlanjutan dan
menangguhkan
lagi lakaran aku.
Dua hari sebelum
ke Pesta Buku
Perlis terpaksa aku
menyiapkan dan
menyerahkannya
dengan perasaan
lega walaupun
kurang puas.
Kerana semakin
dipandang,
semakin diamati
ada je nak ditambah.
Bukan kerana tidak siap tapi menambahbaikkan sebaik-sebaiknya untuk yang terbaik. Untuk mendapatkesempurnaan yang paling sempurna adalah mustahil kerana diri aku dan kau sendiri bukannya sempurna. Nobody perfect... itu patah perkataan antarabangsa yang selalu dituturkan walaupun penguasaan bahasa itu tak sempurna. Hehee, macam aku juga...
Aku memulakandi hari terakhir
dateline tugasan.
Melakar kasar
raut wajah
sebelum tiba
waktu terluang
di hari-hari
mendatang.
Tapi keranaleka, syok,
ralit atau
khusyuk
aku teruskan
hingga ke lewat
malam.
Setelah tigahari tersadai,
aku sambung
selepas
jam 6
untuk
mengisi tone.

Lakaran selaluterhenti
kerana kepadatan
masa bekerja yang
jarang tamat pada
jam 6 petang...
berlanjutan dan
menangguhkan
lagi lakaran aku.
Dua hari sebelumke Pesta Buku
Perlis terpaksa aku
menyiapkan dan
menyerahkannya
dengan perasaan
lega walaupun
kurang puas.
Kerana semakin
dipandang,
semakin diamati
ada je nak ditambah.
Bukan kerana tidak siap tapi menambahbaikkan sebaik-sebaiknya untuk yang terbaik. Untuk mendapatkesempurnaan yang paling sempurna adalah mustahil kerana diri aku dan kau sendiri bukannya sempurna. Nobody perfect... itu patah perkataan antarabangsa yang selalu dituturkan walaupun penguasaan bahasa itu tak sempurna. Hehee, macam aku juga...
Isnin, April 19, 2010
cover 379 # isu 1 Mei 2010
Cover yang tidak ada kena mengena dengan apa-apa watak dalam Majalah Ujang tapi ianya adalah salah satu watak sebenar yang menggerakkan Majalah Ujang sehingga berada di pasaran setiap tiba masanya. Dihasilkan oleh empunya diri itu sendiri dengan sentuhan lukisan digital yang menggunakan aplikasi photoshop. Tak kisah bagaimana ianya terhasil... yang penting adakah ianya akan mendatang hasil kepada kompeni.Memang mulai tahun ini konsep cover majalah agak berlainan dari yang pernah terhasil di tahun-tahun yang lalu... satu perubahan yang berani dilakukan oleh pewaris MOY. Kitorang yang rata-rata tahap otai, lebih berusia dari bos baru tapi pandangan serta idea barunya tetap kitorang selam dan hayati hingga membawa kitorang juga berjiwa dekat dengannya. Hehehe... kira kitorang kembali muda remaja.
Memang kitorang yang dah dikategori otai tak terasa berusia kerana sentiasa menjiwai alam remaja dan selama penerbitan majalah ini di pasaran ianya disasarkan untuk para remaja sunti, remaja manja dan remaja tua maka secara tak langsung meremajakan kitorang. Tak kisah la di kategori mana korang berada... kalau nak awet muda layanlah Majalah UJANG ni. Menghepikan hati akan menularkan hormon keremajaan melalui urat saraf ke wajah hingga menyerlahkan kemudaan di mata yang melihat. Macam real je... hehe. Try dan amalkan la kalau tak caya... senyum! Ada kartun semuka oleh kartunis Bijan pasal senyum di isu kali ini pasal mengapa korang perlu senyum selalu. Selamat melayan...
Selasa, April 06, 2010
Aku dan senyum...
Salam sejahtera... dah lama aku tak berbicara di sini kerana asyik memendam monolog yang terendam lemas di perigi kalbu. Alasan konkrit yang terpasak padu tak lain dan tak bukan adalah masa. Masa membuatkan aku terpaksa mengejar rutin hidup utama sebelum menyelit melakukan yang tersampingan... di saat ini aku menerobos di celah-celah kekangan kerja untuk isu seterusnya yang baru landing di meja aku. Sebelum disusun mengikut schedule dan mengumpul artikel serta artwork terbit idea pasal senyum yang baru aku ketik tadi... Senyum Penawar Hati. Bukan senyuman tawar yakni yang dibuat-buat tapi menawarkan sebuah senyuman ikhlas untuk diri sendiri atau orang lain. Bukan juga mentawarkan senyuman manis yang sememangnya tersembunyi malu di dalam hati, apatah lagi memasamkan atau memasinkan sebuah senyuman.
Senyum memang suatu penawar paling mujarab dan mustajab bagi meredakan keresahan, kesunyian, kemurungan atau kemarahan... kata lainnya menstabilkan gangguan emosi. Ketika marah atau gelisah cuba kau lakarkan sebuah senyuman untuk diri sendiri. Tak mampu? Memang tidak mudah menelan kemarahan sambil mengukir garis senyum ikhlas secara serentak tapi sekurang-kurangnya bagi meredakan ketidakstabilan emosi bawalah diri menyendiri seketika dan lakarkan senyuman. Cuba berseorangan seketika... maksudnya ke tempat yang tak lihat orang dan cuba ukirkan sekuntum senyuman untuk diri sendiri. Fikirkan semula punca menyalanya api kemarahan yang sedang merebak membakar hati. Padamkan api kemarahan tu dengan tegukan lelehan air liur dek senyuman ikhlas agar mengalir di kerongkong dan membasahi serta menyejukkan sekeping hati yang sedang membara. Aku sendiri tak berupaya mengawal kemarahan walaupun atas sebab-sebab kecil dan tak munasabah, lelebih lagi jika di waktu emosi tidak stabil. Kadangkala mengakibatkan orang lain yang menjadi mangsa. Aku pernah lakukannya dan perasaan aku sungguh melegakan... rasa aman bila berjaya mendelete virus kemarahan yang cuba menakluki memori minda aku yang kapasiti RAMnya terhad. Terutamanya apabila muncul insiden-insiden tak diundang dan kekurangan ajar pengguna di jalan raya yang RAMnya berkapasiti rendah.
Cetusan kemarahan sama ada dari perbuatan orang lain atau diri sendiri memang dilalukan untuk aku atau kau sebagai ujian kehidupan dalam mengingati Tuhan. Mengembalikan diri kepada Tuhan adalah koma pada ujian-ujian kehidupan lain yang bakal dilalui. Senyum sambil istighfar... pasti melegakan. Gerenti! Aku dah cuba walau tidak selalu kerana kerap lupa disebabkan perasaan hati mendahului intelek akal. Aku dan kau adalah hambaNya yang lemah.
Bersyukurlah jika ada orang lain yang mencetuskan kemarahan kerana insiden itu mengembalikan kau dan aku kepada Maha Pencipta... sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah...
aku bukan sempurna nak mengajar kau tapi aku punya hak untuk saling mengingatkan diri aku dan kau. Memberi jika ada terlebih dan memohon kemaafan dari kekurangan yang memang pasti ada dalam diri aku ini.

cover 378 isu 15 April 2010
Terasa cepat waktu berlalu bagaikan tiada ruang berehat... deadline isu seterusnya tiba untuk dikerjakan dan dikejar. Pejam celik, ketik jari jemari sepanjang hari... tup-tup dah terlanggar deadline. Kerja terus kerja, kejar tetap kejar... kalau tak terjejas periuk nasi. Kerja di belakang tabir sesebuah penerbitan memang memeritkan hingga nak bersantai bersama kartunis berpromosi di pesta buku pun selalu tak kesampaian. Hujung bulan ni kalau takde aral melintang di jalanan, membujur lalu melintang patah pasti para kartunis akan berada Perlis dan Pulau Pinang. Rasa hati kecik ni teringin je nak berjalan-jalan ke utara, menyedut udara nyaman di kawasan jelapang padi sambil menikmati panorama pemandangan indah. Perghhh... alangkah bestnya.Apa-apa pun korang jangan lupa ke pesta buku di utara hujung bulan ni nooo... kerjakan kartunis yang dok pi sana. Diorang memang berkerja di sana untuk dikerjakan oleh korang. Nak tau tarikh dan masanya korang selak la Majalah UJANG terkini. Heheh!
Lawak Gentle ye... bukan lawak gentel. Para gentlemen sedang beraksi mengontrol macho di cover terkini walaupun semuanya dah berusia petang meniti senja... yang penting bergaya, berhati muda. Pak Cik Din cakap kalau nak sentiasa rasa muda kena senyum dan rasa hepi selalu walau dalam apa jua keadaan sama ada suasana-suasini tenang atau kelam-kabut bermasalah... hadapi perjalanan hidup tu dengan rasa hepi.
Ketawa sengsorang hati riang
Ketawa berdua tanda suka
Ketawa reramai rasa damai
Ketawa korang untuk kitorang@lain orang
Ketawakan kitorang maknanya sayang
Ungkapan iklan Majalah UJANG di Majalah APO? yang berteraskan rasa hepi membawa rasa kasih sayang. Hehe... kitorang sayang korang semua. Hehee...
Isnin, Mac 29, 2010
cover 377 # isu 1 April 2010
Aduiii... belum sempat abiskan kerja dah muncul kerja yang lain. Kejar, kerja, dikejar- mengejar dan mengerja serta dikerjakan saling berkejaran. Dengan deadline, tambahan muka surat, bikin merchandise. Pergh, tak menang kaki tangan, kepala hotak memikirkannya. Okey laa....Cover kali ni sentuhan kartunis Bacang@Bar-Chunk pasal fenomena zaman cyber skang ni... yang mana semua orang dah mampu memiliki kereta sama ada dengan duit sendiri atau duit mak bapak sendiri. Media lain pun sibuk buat citer pasal kecanggihan automatif. Apa yang penting dalam hidup... berhati-hati la di jalan raya, ramai pengguna yang pilih kesempatan dari keselamatan. Lupa bersyukur dengan kemudahan tapi bangga dengan gaya yang tak seberapa.
Apa-apa pun ini majalah edisi terbaru dengan harga baru yang sedikit melonjak bersamaan ketebalannya jugak bertambah namblas muka maka secara langsung bertambah kerja tapi masa dan kemudahan menyiapkan kerja tetap sama... padan muka aku! Heheh....
Khamis, Mac 11, 2010
Cover 376 # 15 Mac 2010
Masa depan... bayangan masa depan oleh kartunis Nik tentang karekter Pak Cik Din yang berakal gila cerdik dan klaka. Dengan kostum robot Pak Cik Din lebih berkarekter cyber dan tak terjangkau dek akal. Tah apa-apa ntah perangai dan kehendak orang tua tu... nyusahkan orang je.Apa-apa pun kerana kau Pak Cik Din kitorang berpeluang bekerja kat sini dan menikmati rezeki pemberian Allah. Moga pak cik makin maju in future dan realistik... kalau tak kitorang reramai akan melastik lubang idung pak cik. Eh, pehal aku melalut pasal orang tua kutuk ni? Column aku ni untuk pembaca di luar sana bukan ruang nak bagi credit kat orang tua ni. Ceh!
Pada korang di sana jangan lupa dapatkan majalah ni yang kali ini berlawak tahap futurealistik. Di isu akan datang bukan simpton 'April Fool' atau cobaan tapi betul-betul... majalah akan ditambah tebal dengan penambahan mukasurat maka secara langsung serta automatik harganya juga meningkat. Hehehhh... semua demi kepuasan dan kehepian korang walaupun kitorang bertambah level tensen memerah idea dan keringat membereskan kerja supaya terbabas melampaui deadline. Deadline ngan 'tuuttt' tak bertambah tapi kitorang akan bertambah hepi jugak andai korang terus menyokong kitorang. Heheh...
Rabu, Februari 24, 2010
aku dan pesona...
Aku terpesona pada sesuatu yang mempesonakan dan cuba menyampaikan monolog aku yang entah ada atau tidak 'pesona' itu cuma kau yang rasa. Pada kefahaman aku 'pesona' adalah sesuatu yang membuatkan perasaan suka dan memikat hati walaupun ianya belum tentu dapat dimiliki. Apa saja yang wujud... yang aku nampak, yang kau rasa atau apa yang mereka dengar boleh mempengaruhi untuk terpesona.
Bukan aku nak cerita pasal aku terpesona pada sesuatu tapi nak sambung satu ungkapan tentang 'pesona' dalam iklan Majalah UJANG isu 373 di Majalah APO? isu 266 keluaran 1 hb Februari 2010.
Pesona Mata dek Kecantikan
Pesona Hidung dek Haruman
Pesona Lidah dek Tutur Bahasa
Pesona Telinga dek Kemerduan
Pesona Mulut dek Senyuman
Pesona Tangan dek Salam
Pesona Kaki dek Langkah
Pesona Minda dek Kebijaksanaan
Pesona Laku dek Tingkah
Pesona Insan dek Akhlak
Kerana pesona maka terpikat... sebaik-baik pesona perelokkanlah akhlak. Yang terbaik akhlaknya hanya seorang yang menjadi idola dan seelok-elok contoh iaitu Nabi Muhamad S.A.W. Tiada yang dilaluinya bukan untuk aku dan kau dalam penghidupan.
Itu yang selalu aku fikir dan cuba nyatakan pada diri aku, mampukah melaksanakannya...

Rabu, Februari 10, 2010
aku ngan facebook...
Akhirnya aku mulakan juga create facebook sendiri. Atas desakan dan kutukan member terutama member sekolah dulu-dulu maka aku pun buatlah mukabuku aku atas dasar agar senang berhubung dengan diorang. Kemungkinan akan ada lagi member lama yang dah lama terputus hubungan mencari aku. Bukan aku tak mahu mencari diorang tapi disebabkan masa yang terhad kerana komitmen pada kerja dan keluarga. Memang masing-masing ada kerjaya dan keluarga tapi ianya tidak sama antara satu sama lain. Yang bertuahnya aku mempunyai rakan sebaya yang memahami aku, yang meyokong serta menghargai aku seadanya.
Tentang kenalan baru di talian mahupun di mana saja aku tetap menghargai usaha korang menambahkan aku menjadi penghuni mukabuku korang. Berkawan biar berjuta, berkasih jangan auta, berkenalan dengan siapa saja... mesra dan hormat wajib ada. Tak menang jari jemari bengkok aku nak melayan semua kenalan maka ada yang terketinggalan... itu bukan niat aku tak nak berkawan. Aku akan accept semua yang sudi menjelma di depan mukabuku aku, apatah lagi yang muncul di depan muka sendiri... akan aku cuba sedaya mampu untuk menjalinkan dan mengekalkannya... insyaAllah. Mujur wujud facebook... kalau face to face jenuh nak layan semua. Terima kasih pada teknologi yang memudahkan dan mempercepatkan urusan. Maka dengan itu secara tak langsung merangkai network lebih luas.

Cerita pasal mukabuku aku adalah mukadimahnya saja... sebenarnya aku nak promo facebook Majalah Ujang Moy. Bagi aku itu adalah penting sebab ianya melibatkan periuk nasi aku yang saban hari aku cuba mengisinya agar tidak berkerak. Kesimpulannya... korang layanlah facebook ujangmoy fan atau friend. Simpulkan lagi ikatan silaturrahim korang bersama kitorang dan renggangkan simpulan tensen korang... hehe.
Terima kasih semua.

cvr375 # 1 mac 2010
Cover yang agak pelik tapi bukan jelik... yang penting korang belek sebelum orang lain bawak balik. Korang boleh gelak goleh-golek tapi jangan dalam kolek nanti terbalik boleh lemas umur pendek. Buat lawak kitorang tak serik walau otak menggelegak bak disinari mentari terik. Itu la rezeki kitorang selagi tidak ditarik, selagi ada idea kitorang akan terus korek. Asalkan korang terus tertarik, kitorang kat sini akan senyum meleret-leret. Walaupun beban keje berat diseret sampai tercirit dan hati menjerit-jerit perit... yang penting korang hepi berderet-deret setiap kali isu terbit. Hehehee...
Khamis, Februari 04, 2010
cvr 374 # 15 Februari 2010
Rasa tak puas rilek hujung minggu dah kena siapkan cover lagi. Cepat tul masa menyondol-nyondol aku untuk siapkan cover ni. Dalam masa aku mengupload cover ni aku tengah buat untuk cover isu 375. Apa-apa pun ni la cover illustrasi oleh Jakalll yang menggambar hero beraksi bersama heroin yang melepak kat harta karun. Apa maknanya tu? Ahhh... malas aku nak terjemahkan, korang layan dan tafsirlah sendiri.Yang penting korang dapatkan majalah ini dan layan demi sebuah kehepian sebelum menyambung semula keseriusan menjalankan tugas.... kendian diselangkan lagi ngan cerita klaka bila tensen menjelma. Begitu seterusnya menyulam hidup... seriusssss, klaka, serius, klakaaaa ka ka kah!
Langgan:
Catatan (Atom)