Khamis, November 22, 2012
Setahun berlalu...
Rabu, Jun 20, 2012
Ooo... lama sudah
Fuh! Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan olehNYA untuk memulakan semula mencoret di laman ini... dan di kesempatan ini aku sebenarnya takde topik khusus untuk dicatat. Jari dan minda terasa gatal-gatal untuk mengisi sesuatu yang mungkin akan melegakan sedikit kekalutan/ketensenan yang bakal dihadapi atau mungkin takut kesempatan dan peluang yang ada terus menjarakkan aku dengan laman kesayanganku ini. Tergamam sekejap bila laman blog ada pembaharuan yang selama ini (lebih enam bulan tak buka, apatah lagi update) aku ketepikan kerana kesibukan kerja berterusan...
Semalam bermula strategi untuk menghadapi isu-isu Bumper Majalah UJANG yang mesti ditempoh sama ada sukahati atau sukarhati. Dengan masa yang terhad, perjuangan wajib diteruskan dan diselesaikan mengikut waktu. Kesudahan dan pencapaian hasil kerja mengikut jadual bukan setakat untuk memuaskan hati sendiri tapi yang lebih penting untuk memuaskan hati majikan dan pembaca. Sudah tentu aku akan berhati-hati...
Hati... tetiba hati ini di persimpangan sama ada ingin terus mengetuk keyboard untuk blog atau meneruskan ke arah seperti yang diarah oleh pengarah untuk meneruskan kerja seterusnya mencapai deadline. Rasanya hati ini lebih risau tentang natijah jika tidak melaksanakan amanah kerja... aku mesti berhenti sementara di sini.
Maaf pada kau kerana aku terpaksa... harapan aku agar punya kesempatan lagi. InsyaAllah.
Rabu, November 09, 2011
cover 417 # isu 01.12.2011 - Maharaja Bumper
Tak lain tak bukan dan bukan yang bukan-bukan laman ini berkisah tentang kerja... sama ada kerja rasmi atau tidak, selagi bernyawa selagi itulah aku (kau) mesti bekerja... kerja lagi dan lagi-lagi kerja.Rabu, September 14, 2011
cvr413#isu 01 Oktober 2011
Hadir kembali tentang promosi cover Majalah UJANG yang bakal terbit atau senang cakap naskah tugasan yang telah aku bereskan dan kini di peringkat percetakan. Lega... release tension untuk sementara waktu. Lepas ni nak sambung tugasan baru untuk isu 414 # 15 Oktober... menyambung tension, siap nanti rilek kejap... pastu sambung lagi dan sambung dan lagi dan lagi... selagi diizinkan NYA. InsyaAllah.
Ye lah, begitulah rutin aku menjalani kerjaya untuk hidup. Takdir bukan satu pilihan, hidup mesti terus! Sebenarnya aku nak berkarya (madah iklan) tika mempromosi majalah ni sebagaimana iklan di majalah APO? yang lepas-lepas dan kemudian dilayarkan kat blog, selain mencoret-carut di sini... tapi apa kan daya peluang aku terhad walaupun aku tak minta dibayar. Apabila bos nak yang ringkas dan mudah serta baru, aku menurut saja. Memanglah kurang beban nak perah idea menulis kata tapi itulah yang membuatkan aku rasa terlepas dari satu genggaman kerja... bak penutup satu-satu isu sebelum meneruskan keluaran baru. Di mana lantai dipijak, di situ bumbung aku junjung!
Memang boleh berkarya di sini tapi perasaannya berbeza tika dihimpit deadline majalah. Di sini bila-bila masa atas kehendak sendiri aku boleh postkan, sering dilengah bila dah lenguh buat kerja. Mungkin aku boleh usahakan agar gaya dan idea sentiasa berhasil... insyaAllah.
Pasal cover kali ni aku rasa malas nak potpet-potpet... korang terjemahkanlah sendiri ngikut kewarasan kepala hotak korang. Sekeping gambar menghasilkan seribu perkataan... silakan.
Selasa, Ogos 23, 2011
Alahaiii...
Hari ni aku nak lepaskan ketagih bermonolog di blog ni setelah sekian lama. Terasa makin hilang ketagih atau kemaruk nak mengomel. Kena layan sesikit moga ketagih ni datang balik... dan dapat melepaskan atau melempiaskan tensen. Sementara dah siap satu isu lepas raya... aku nak meroyan membebel kat sini sebelum menyetat isu satu lagi agar raya ala kadar aku bermakna tahun ni.
Cabaran mengisi blog ni selain kesibukan, kemalasan, kekeringan (idea &bahan)... adalah kerana wujudnya facebook atau laman sosial yang kalau disalahguna pasti akan mengundang sial. Maka dengan itu aku cuba sedaya upaya memanipulasikannya sebaik mungkin agar ianya bermanfaat. Paling ketara keberkesanan dan jasanya kepada pengamal facebook ialah tempat pertemuan dengan kengkawan lama yang dah lama, lama sangat atau terlalu lama tak bersua muka. Walau sukar berjumpa secara face to face atau bertentangan muka maka kat 'mukabuku' la jadi halaman untuk bertemu, beritahu serta amik tahu hal sesama bersama-sama.
Sama ada mencari atau dicari, terjumpa atau berjumpa, dikenali atau dikenalkan... pertemuan semula atau pertemuan baru dan pertemuan akan datang di dunia facebook ni pasti menjadi kenangan. Kewujudan dunia alam maya pasti berfaedah bila ia menjadi media mendekatkan yang jauh, menghimpun yang berselerak, menyatukan yang ramai, menyambung yang putus, mengingatkan yang lupa... dan menjadi sebaliknya kalau ianya menjadi tempayan yang mulutnya tak bertutup... yakni alat penyebar, penghebah atau pengheboh yang tak bersempadan dan halangan pada penghuni dunia alam maya.
Sesama kenalan, saudara-mara, kengkawan, sahabat atau adik-beradik hakikatnya akan semakin jauh kalau terlalu mengharap kegunaan dunia baru alam maya ni sebagai penghubung. Di harap dunia baru tidak menghentikan amalan berziarah di alam nyata yang zahir... kembali semula ke tamadun kekampungan. Pertemuan dan sentuhan (yang beradab ek) sesama lebih mengeratkan serta mengesankan di kalbu untuk di bawa pulang dan dikenang. Moga segala usaha murni di kalangan korang sesama ahli facebook atas dasar kekeluargaan, sanak-saudara, sahabat handai, rakan taulan terutama kengkawan lama aku untuk merealisasikan sesi pertemuan alam zahir dimakbulkan serta diberkati, insyaAllah...
Selasa, Jun 21, 2011
Belasungkawa Qayyum
Raub, Pahang. Aku mengenalinya ketika mula bekerja di MOY di USJ 9
Taipan pada tahun 1998. Waktu itu sesama terlibat dalam
penggambaran 'UJANG siri TV lah pulak' arahan Aznil Nawawi yang
melakarkan pengalaman meriah dalam hidup. Kerja kitorang
di sebalik tabir penerbitan majalah saling berkait kerana jawatannya
sebagai editor dan aku artis grafik memerlukan kerjasama untuk
menyempurnakan tugasan. Tanpa dia kerja memproof dan mengedit
teks akan kantoi. Segala manuskrip dan karya kartun sebelum dan
selepas digrafik akan dipantau beliau untuk aku membuat pembetulan
sebelum dihantar cetak. Walaupun tugasan itu bagai remeh dan boleh
dilaksanakan oleh aku sendiri atau ketua editor tapi tanpa sentuhan
suntingannya dengan ayat-ayat kelakar gerenti menyuramkan
seri lawak Majalah UJANG. Banyak artikel darinya yang menyumbang
kepada gelak tawa dan ceria kitorang dan pembaca... andai takde
sumbangan darinya bagaikan sumbang kandungan Majalah UJANG.

Foto terakhir yang aku ambil ketika kenduri Majalah APO?
ke 300. Beliau bersama kartunis Bawang yang senegeri
dengannya.
Karekternya yang lebih banyak menyimpan suara dan selalu
menyendiri menyudahkan kerja dalam serba kekurangan. Aku
nampak minatnya pada bola sepak walaupun kurang bercerita
tentang perkembangan bola sepak semasa tapi ketrampilannya
di opis yang sentiasa berpakaian jersey bola sepak berbagai
pasukan negara atau kelab secara tak langsung menterjemahkan
kecintaan beliau pada bola sepak. Pasal kerja, beliau sanggup ke
pusat siber menyiapkan tugasan tanpa keluhan walaupun pernah
terlajak dateline serta mendatangkan 'hangin' yang menunggu
karyanya, dia tetap dengan caranya yang tersendiri dan suka
menyendiri. Bagi kitorang yang faham dan lali dengan peelnya
pasti sejuk bila sesekali dia bersuara menyampuk dan berkelakar.
Banyak yang aku belajar tentang penggunaan bahasa penulisan
terutama pasal ejaan dan nahu.

Qayyum berdiri paling kiri... hasil manipulated poster yang aku
buat sempena keluaran Hari Merdeka (tahun tak ingat).
Terlalu banyak kenangan selama lebih 12 tahun bekerjasama
dengan beliau untuk diingati dan diluahkan di sini. Pada aku
kehadiran beliau dalam kerjaya aku umpama pelengkap untuk
kitorang melaksanakan tugasan harian dalam menerbitkan
Majalah UJANG saban dua minggu. Kepergiannya terasa pincang
dan tempang menjalani tugasan harian. Aku doakan semoga
rohnya bersama orang-orang beriman dan bertakwa, amin.
Terima kasih teman.
Kepergiaanmu tiada pengganti kerana... kau adalah kau.
Ahad, Mei 15, 2011
isu 404 # 15 Mei 2011
Pergh! Bergetah... memang ianya sentiasa bergetah dan buat korang melatah. Harap-harap begitulah hendaknya di setiap keluaran mendatang. Nak menghasilkan lawak bergetah sudah pasti membuatkan kepala hotak kitorang melantun-lantun umpama getah sekerap. Diharap kitorang selalu dekat ngan korang dan sentiasa melekit-melekat di hati korang.Sebagaimana diorang (kartunis) kepala hotak aku juga melantun-lantun menyiapkan tugasan akhir sebelum fasa percetakan. Semuanya bertimbun untuk diselesaikan sebelum melintas deadline. Apa-apa hal pun semua tertumpu kat bilik grafik... selain menyemak semula semua helaian muka surat, aku terpaksa juga melantunkan idea untuk iklan ini. Memikir dan melahirkannya membuatkan aku rasa puas... bagaikan sebuah penutup untuk setiap isu. Ohhh... dengan itu juga ia menandakan satu lagi sinambungan beban kerja bakal bermula. Arghhhh!!! Hahaha....
Selasa, Mei 03, 2011
cover 403 # 1 Mei 2011
Selamat Hari Pekerja kepada semua yang berkerjaya khasnya dan semua isi alam yang sentiasa buat kerja. Pada yang buat kerja baik, teruskanlah berusaha dan pada yang buat kerja tak baik (maksiat, jenayah & sia-sia) usahlah usahakan kerja tu. Kitorang kat sini akan sentiasa berusaha dalam kerjaya yang telah sedia ada terbentang di depan mata yang buntang agar terus berkembang dan menuju matlamatnya. InsyaAllah.Kat sini aku nak ubah pulak persembahan yang aku kerjakan. Selalunya korang menatap cover setiap isu tapi kali ini aku persembahankan iklan cover setiap isu Majalah UJANG yang tersiar di majalah saingan di bawah bumbung yang sama iaitu Majalah APO?. Penat aku mengerjakan kepala otak sendiri memikirkan kata-kata keramat (chewah!) demi melariskan jualan majalah. Maka dengan itu adalah lebih best kalau aku mengembangkan hasil kerja aku tu di laman monolog aku sendiri. Hehe... ada jugak sedikit sebanyak pengembangan kerja aku (dan lubang hidung aku). Hehehe lagi!
Yang penting bagi aku adalah kepuasan bekerja dalam berkarya dan karya itu pulak bekerja... (penghayat karya kena berfikir). Bekerjalah seikhlas mungkin kerana setiap kerja itu adalah ibadah... dan lakukanlah kerja tanpa melalaikan ibadat.
Isnin, April 18, 2011
cover 402 # 15 April 2011
Teruskan... teruskan la melayan majalah Lawak Antarabangsa ni walau apa pun keadaan. Tak kisah la di mana korang berada... lebih-lebih lagi di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC KL yang bakal diadakan pada 22 April hingga 01 Mei. Jangan tak pergi ke gerai kitorang kalau korang terbabas ke PWTC nanti. Tak kira apa buku pun yang korang cari, adalah tak menjadi kesalahan kalau korang layan sama majalah lawak untuk penawar stres. Aku nyatakan ni bukan setakat nak promosi tapi hakikatnya memang telah diakui bahawasanya senyum dan tawa itu penawar terbaik untuk stres serta awet muda terutamanya untuk awek-awek. Hehe! Tak caya tanya Pak Cik Din.Okay la, akhir kata... membaca adalah satu cara menambah pengalaman. Membaca dan hayatinya selagi masih ada hayat sebelum kita dibacakan (talkin).
Isnin, April 04, 2011
cover 401 # isu 1april 2011
Terlanjur lagi... bukan april fool, takde fool-fool pun. Takde maknanya nak mengefoolkan orang. Yang pasti aku selalu terlambat mengupdate blog aku ni. Tak berani berjanji untuk memenuhi deadline aku sendiri kerana ada kerja lain yang lebih penting dari kepentingan diri sendiri di sini. Di sana, di situ, di sinun... kena setelkan dulu. Melunaskan ruangan aku sendiri ini pun aku memaksakan diri agar tak terlanjur jauh ke laut. Banyak monolog aku hanyut menyendiri bersama masa yang dilalui, nak aku genggam tak upaya kerana ia melintas tanpa diundang dan perginya tak pernah aku pinta. Mungkin tidak ada jodoh untuk dikongsi bersama kau di ruang sempit ini. Ahhh... aku bermonolog rupanya tanpa disedari.Okeylah, berbalik di titik asal... cover tentang orang tua yang tempang tentang fenomena jenayah sekarang yang semakin berluasa tak mengira mangsa, masa dan lokasi. Maka berhati-hatilah walau di mana kau berada waima di dalam rumah sendiri juga belum tentu selamat. Hanya dengan kalimah Bismillah dan doa di setiap permulaan menyakinkan diri akan selamat... segalanya dengan ketentuanNYA.
Isnin, Mac 14, 2011
cover 400 # isu 15 Mac 2011
Tup-tup kena buat bumper isu sempena keluaran ke 400. Pergh! Berpeluh dua belah ketiak aku mengerjakan kerja sebelum dikerjakan dek bos. Dalam masa sepuluh hari kena bereskan kerja sebelum bertolak ke Kenyir untuk sesi penggambaran bumper raya. Nak tak nak, kena nak jugak... hehe. Akhirnya... dapat dibereskan mendahului deadline, maka aku serta ahli grafik yang lain khasnya dan kartunis Majalah UJANG amnya dapat berehat ngan tenang dalam resah di Tasik Kenyir selama 4 hari 3 malam. Tenang tanpa gangguan telekomukasi dan kenyamanan sekitarnya, resah beremosi bila sesekali terlintas kat kepala hotak pasal keluarga yang ditinggalkan tak dapat dihubungi dan kerja yang setia menanti tatkala tamat santai.Kerja mesti terus demi menjalani hidup... kepulangan aku disambut meriah oleh kerja-kerja yang bertimbun. Waktu ini aku masih terkial-kial nak menghabiskan isu 401... pastu 402, 403, 404 dan seterusnya ntah di mana penghujungnya. Aku redha dan berserah pada Yang Esa. Selagi majikan
berselera menagihkan tenaga aku maka selagi itu aku akan terus setia menanggung dan menjawab amanah aku ini. InsyaAllah.
Isnin, Mac 07, 2011
cover 399 # isu 1 Mac 2011
tu la sering berlaku kat aku. Bukan sesaja tapi ada dateline lain yang lebih utama perlu dibereskan. Lagipun kolum aku ni bukan ketat sangat deadlinenya, semua atas kesukar-relaan aku untuk mempromosikannya. Suka dan sukar serta rela demi menjamin pendapatan berterusan. Ahh... nak cerita lelebih pun korang bukannya faham... semuanya bermonolog dalam hati je, yang tak relevan untuk aku luahkan. Sebenarnya kelambatan ini kerana mengejar dealine bumper spesel isu 400 # 15 Mac yang perlu dibereskan sebelum aku dan krew UJANG ke Tasik Kenyir. Balik je dari xpdc tu grenti kena pulun pulak isu seterusnya agar tak dikejar printer. Hahahaaa... duiiii....Sekarang ni kisah cover fantasi orang tua kutuk ni yang menumpang Otromen konon terbang keliling dunia. Perghhh... diterjemahkan fantasi dalam lukisan memang la best. Secara tak langsung kitorang pun terfantasi andainya majalah ini terbang jauh ke seluruh dunia. Pasti kitorang mendapat laba... Haduiii, jauh betul fantasi yang tak betul.
Apa yang penting kitorang akan sentiasa kerja betul-betul untuk korang rasa betul-betul hepi. Betul ke?
Ahad, Februari 13, 2011
cover 398 # isu 15hb Februari 2011
Isu yang terbit pada 15 hari bulan kali ni bersamaan tarikh masihi kelahiran Nabi Muhamad SAW. Majalah ini memang takde kena mengena secara langsung dengan kisah nabi apatah lagi tentang kehidupan atau sejarah baginda. Kandungan cerita lawak jenaka yang terselit kebaikan korang iringi dan rujuklah pada sunnahnya, jika ada cerita yang kelakar tapi tak manis jadikan teladan dan kembalilah pada syariat kehidupan sebetulnya. Korang mesti secara tak langsung terkenangkan Tok Putih yang dah lama menghilang. Beliau sebenarnya tak hilang cuma berehat mencari ketenangan, harap-harap kemunculan beliau kelak akan memberikan kisah yang lebih best untuk direnung dan dimenungkan. InsyaAllah...Cover kali ni ada elemen seram sikit tentang kisah tahyul. Sama ada untuk dipercaya atau tidak itu persepsi memasing. Alam ghaib memang ada... makhluk jin, iblis, hantu, setan, jembalang, puaka atau banyak lagi istilah seangkatannya. Nak cerita panjang hal ni pun dah rasa tak sedap hati apa lagi nak mengata hal diorang. Kat sini aku cuma nak ceritakan adegan cover yang menggambarkan kisah mistik dulu-dulu tentang keberanian berinteraksi dengan makhluk alam ghaib. Eiii... seram, berdiri bulu roma kat tengkuk. Nak tau lebih lanjut korang tanya orang-orang lama tahap atuk nenek atau moyang korang... ngan orang tua si Pak Cik Din jangan ditanya, hampeh jo jawapan beliau.
Apa-apapun yang realnya korang amalkanlah sunnah nabi dalam hidup dan jangan difikir kisah-kisah seram apatah lagi berunsur tahyul. Walaupun sekarang ni banyak tayangan kisah seram di sekeliling korang sama ada karya tempatan atau luar negara janganlah terpengaruh dan kalau nak selamat di dunia serta di akhirat amalkan dalam kehidupan berpandukan al-Quran dan Hadis. InsyaAllah.
Rabu, Januari 19, 2011
cover 397 # keluaran 1 Februari 2011
Wow! Apa yang wow? Wow la bila Pak Cik Din yang tua kerepot ada hati dok usha awek orang... berani tu. PCD tunjuk kegentlemannya dengan bahasa berbunga-bunga mengayat awek sambil memberi sejambak bunga. Pompuan ngan bunga memang sinonim dan tak boleh dipisahkan. Di mana ada bunga, di situ ada pompuan dan begitu jugak sebaliknya. Bunga lambang kecantikan dan keharuman walaupun ada bunga itu tak berbau tapi cantik dipandang, kebanyakan bunga ada haruman tersendiri walaupun kadangkala rupa bunga itu tak menggoda. Berbagai perumpamaan melibatkan bunga yang dikiaskan kepada manusia sama ada perempuan atau lelaki.Khamis, Januari 06, 2011
cover396#isu 15 Januari 2011
Ketemu lagi selagi aku diberi ruang masa, ruang tempat dan juga ruang kesihatan untuk menulis kat sini. Aku akan terus mempromosi seperti selalunya walau bukan satu tugas yang diwajibkan tapi menjadi kewajiban aku untuk memberitahu kau tentang perkembangan produk tempat aku cari makan. Lain orang lain cara cari makan... ada yang terlebih makan, cukup-cukup makan atau tak cukup makan. Pokoknya nak cari makan jangan sampai 'makan orang'... sama ada makan kawan atau makan lawan. Aiseymen... apsal aku melalut pasal makan lak ni? Makan memang best tapi sebab makan juga boleh jadi tak best.Okeylah, sesambil makan pun boleh layan majalah ni. Paparan Mat Despatch naik hangin bila Pak Cik Din menunggang motor cari makan dia sambil dibonceng kambing dan ditertawakan bosnya. Macam-macam boleh jadi untuk mencari makan asalkan boleh makan. Ada yang sanggup jadi kawan makan kawan bagi meneruskan hidup walau pernah makan sepinggan, minum secawan. Ada juga yang sanggup makan suap kerana nak hidup mewah dan selalu makan angin. Yang penting kau dan aku jaga makan sebelum dimakan.
Kalau lapar perut makanlah nasik, lapar iman makanlah ibadah, lapar pengetahuan makanlah ilmu, kalau lapar hepi makanlah lawak. Hehehe.... satu lagi, kalau laparkan pengalaman teruskanlah hidup.
Rabu, Disember 22, 2010
cover 395 # isu 1 Januari 2011
Salam sejahtera... moga sejahtera dan bersedia untuk mendaki tahun 2011 akan datang. Sempena tahun 2011 yang bakal menjelang dan mengharungi 365 hari lagi... mampukah korang atau kitorang mengukir senyum lantas merasa hepi. Dengan terbitan 2 kali sebulan selama dua belas bulan berjumlah 24 keluaran aku tak rasa akan sentiasa senyum melaksanakan tugas ini untuk membuatkan korang senyum. Bayangkan yang indah-indah untuk mengharungi hari-hari mendatang sehingga tiba ke putaran hidup seterusnya. Bukan aku nak menceceh pasal azam atau plan tahun depan cuma memfantasikan satu lagi realiti hidup yang bakal ditempuh.Orait laa... dengan rekabentuk baru di muka depan pastinya di benak kotak ilham kitorang dah naik senak. Korang pulak diharap terus menyenakkan perut dengan gelak tawa yang seterusnya menggetarkan kantung hati merasa hepi. Persembahan muka depan baru juga adalah pengharapan untuk masa depan baru yang lebih cerah bercahaya serta berseri-seri. Perghh!
Bersedialah untuk terus menapak setapak demi setapak sehari dan melangkah sebulan demi sebulan sebelum berhenti seketika di penghujung setahun dengan senyum dan rasa hepi. InsyaAllah.
Jumaat, Disember 10, 2010
cover 394 # isu 15 Disember 2010
Ahaa... sebagai penutup tahun 2010 cover kali ini bertemakan acara yang telah menjadi tradisi setiap kali cuti sekolah. Pengisian cuti sekolah yang amat bermakna kepada para pencuti sekolah terutamanya lelaki untuk melangkah ke alam lelaki sejati. Heh! Bersunat yang bukan hukumnya sunat tapi jatuh wajib kepada seorang lelaki sebagai pelengkap kejantanan seorang teruna. Okey la, tak nak cerita pasal sunat ni sebab aku tau kau semua lelaki sejati. Tak rugi si dara memilih kau. Hehe... hargai la diorang wahai lelaki sebab tanpa si dia tak guna kelakian kau.Sebagai penutup tahun semua bercerita pasal bonus. Aku dan krew di sini dah pun bagi bonus kat korang di isu lepas iaitu bumper cuti sekolah. Harap-harap melimpah la rasa hepi korang walau terpaksa berbelanja lebih sikit. Apa la sangat nilai harga senaskah majalah jika diukur dengan rasa hepi. Aku dan krew kat sini sentiasa ternanti-nanti satu perkhabaran hepi yang dah lama tak kedengaran iaitu tentang bonus. Bertahun lamanya tak merasa... memang kecewa tapi aku dan kengkawan akan tetap bertekad meneruskan untuk menghepikan korang dan diri sendiri. Ahak!
Apa yang boleh diharap hanya la bonus yang tak terlihat dek mata, tak terbau dek hidung, tak terdengar dek telinga, tak terasa dek lidah atau tak tertanggung dek beratnya... bonus yang dilimpahkan oleh Yang Maha Segalanya. Mensyukuri bonus sihat, bonus ibadah, bonus ilham, bonus kelakar dan segala macam nikmat bonus-bonus dariNYA. Apatah lagi bonus penghargaan dariNYA melalui korang yang menjadi pembaca dan peminat setia majalah ini. Alhamdulillah. Semoga bonus-bonus ini tidak dilupakan dan akan terus menguatkan semangat aku dan krew lain memanjatkan kesyukuran kepadaNYA untuk meneruskan perjuangan yang belum pasti titik noktahnya. Akan aku pastikan keyboard terus berketik, mouse akan terus diklik, monitor terus terpancar, kertas terus terbentang, mata pensil terus diraut, pen terus melakar, warna terus bergaul, berus terus menyapu dan ilham tetap akan diperah selagi keringat idea terbit meleleh di dahi. InsyaAllah...
Rabu, Disember 01, 2010
Aku dan waspada...
Apa yang aku fikirkan adalah kewujudan perkataan WASPADA itu terdiri dari perkataan-perkataan lain yang ada kaitan dan digabungkan. Sama ada memang tercipta sejak azali yakni dari mula wujud bahasa Melayu atau secara kebetulan atau dikemasguna dari perkataan-perkataan yang seerti dengannya... aku tak tahu dan tak pernah diberitahu kecuali kalau kau yang tahu maka silalah beritahu. Sesedar aku, sejak aku mengenal sebutan dan perkataan telah ada penggunaan perkataan ini. Terlintas di minda tentang perkataan AWAS, WAS-WAS dan BERPADA-PADA yang mempunyai sifat hampir sama dengan perkataan WASPADA.
Awas satu seruan agar berhati-hati dan hati akan menjadi was-was supaya cermat melakukan sesuatu. Perasaan was-was pada tindakan pun harus berpada-pada. Berpada-pada pada pertimbangan akal pasti hasilnya lebih baik daripada yang tiada sebarang dorongan mengawasi tindakan apabila melakukannya dengan sembarangan. Tindakan tanpa WASPADA boleh membawa padah.
Bukan aku nak mencetuskan kekeliruan atau membahaskannya apatah lagi berdebat tentang perkataan ini. Aku cuma terfikir kerana ilham ini datang melintas secara sembrono ketika aku memerah idea tentang yang lain. Aku rasa ada kebenaran tentang perkaitan perkataan-perkataan itu dan ianya bersatu menjadi satu agar membawa maksud yang jitu. Tak gitu?
Kesimpulannya pada aku... berWASPADA perlu ada rasa awas dan was-was serta perlu berpada-pada dengan perasaan yang diseru oleh perkataan ini supaya kehidupan sentiasa lebih berhati-hati. Andai waspada sentiasa ada dalam hidup pastinya akan mengurangkan risiko atau mudah menyelesaikan masalah lalu melancarkan perjalanan sebuah kehidupan.
cover393 # isu 1 Disember 2001
Salam sejahtera murid-murid, mak bapak murid dan murid-murid tua. Rancang tidak, tanpa khabar dan berita... tetiba je bos suruh buat bumper spesel sempena cuti sekolah. Nak tak nak kena jugak nak... siapkan mengikut jadual yang sudah terplan sejak awal tahun lagi. Air peluh dahi meleleh menuruni kat kelopak mata bercantum dan larut bersama air mata menyusur pipi sebelum tervakum ke dalam lubang hidung. Setelah bergelodak sebati lalu menjenguk keluar perlahan merayap di tebing bibir yang sesekali bergetar untuk bergaul ngan liur sebelum menitis atas keyboard. Pergh... sadis betul nak menyiapkan tugasan ni.Walau bagaimanapun aku bersyukur diberi dugaan ini dan berjaya melaksanakannya bersama krew yang lain bertungkus lumus dan berbungkus kat opis yang secara automatik menjadi 'Opisku, rumahku'. Sekarang masa untuk korang melayannya pulak. Semoga korang bahagia dan hepi di musim cuti. Kitorang berkarya tanpa henti, akan terus bekerja walau tanpa gerenti, setia sentiasa tersemat di hati selagi tak diberhenti, di luar waktu opis atau hari cuti, ilham datang dan pergi bersilih ganti untuk diterjemahkan atas kertas atau monitor yang setia menanti, menjadi teman korang di kala sepi, yang penting... korang dan kitorang sesama rasa hepi. Yeah!
Isnin, November 15, 2010
cover392 # isu 15 November 2010
Seperti kebiasaan aku terlewat lagi memaparkan cover setiap keluaran dan di setiap kali untuk bertemu korang di sini, aku kena memohon kemaafan. Lumrah orang terlewat dan juga lumrah kerja aku yang sentiasa di kelilingi suasana sibuk. Apa tah lagi isu seterusnya nanti (tengah bertungkus lumus sekarang menyiapkannya) kena buat isu spesel sempena cuti sekolah... Bumper Cuti Sekolah. InsyaAllah esok kena siapkan dan hantar untuk langkah seterusnya membuat plate sebelum dicetak dan diterbitkan sebelum masuk bulan Disember. Coretan akan datang aku bicara pasal isu BCS ek.Di keluaran ini beraksikan adegan orang tua kutuk sorang tu sedang mengecohkan suasana untuk bersantap hingga menyentap selera orang. Aksi yang tak terjangkau dek akal orang normal melakukannya tapi berkemungkinan berlaku di luar pengetahuan korang. Pengajaran kat sini korang fikir dan bayangkan la sendiri untuk ke arah kebaikan. Sukar untuk perjelaskan mengikut kefahaman sendiri kerana ianya memang paparan untuk difikirkan semua orang secara sendiri-sendiri bersendirian menurut kefahaman sendiri. Eh, berapa banyak sendiri daa... ahh, korang layan la sendiri. Hehehe...



